Seramai 3,125 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah daripada Cabang Pitas hari ini mengambil keputusan untuk keluar daripada parti tersebut.
Tindakan yang diketuai oleh Naib Ketua Cabang PKR Kudat, Datuk Seri Rudy Awah berkata, langkah serta merta itu diambil selepas melihat ketidaktentuan hala tuju parti terutamanya melibatkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN).
"Hari ini sebulat suara kami keluar parti dan keahlian yang ada dan telah diatur urus sama, hampir dua tahun menjalankan tugas sebagai penyelaras DUN (Pitas), ahli-ahli ini yang kita telah bawa masuk bersama seramai 3,125 orang yang akan keluar bersama-sama.
"Untuk makluman, selepas kami keluar ini, DUN N3 Pitas tidak ada lagi Keadilan (PKR), lumpuh terus," kata Rudy pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama ratusan ahli PKR cabang tersebut.
Mesyuarat berkenaan dibuat di sebuah lokasi berhampiran Pekan Kota Marudu, pada Sabtu.
Sementara itu, Rudy yang juga merupakan bekas Pengerusi Biro Latihan dan Jentera Parti MPN PKR Sabah berkata, pihaknya dan para ahli yang bertindak keluar pada hari ini akan mengumumkan sebagai bebas mana-mana parti, namun berpendirian akan menyokong Perikatanan Nasional (PN) di Sabah.
"Untuk makluman semua kepada ahli-ahli parti, pendirian tersendiri, kita keluar parti kita pergi blok bebas pada hari ini.
"Selepas itu kita bergerak, kita akan gunakan Persatuan Jiwa Anak Pitas kerana kami ini tidak berhenti kerja ini, selepas seminggu dua ini kami akan terus bekerja.
"Tapi kami menyokong kepada parti Perikatan Nasional dan juga menyokong penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Sat Jul 18 2020
Seramai 3,125 ahli PKR Sabah daripada Cabang Pitas hari ini mengambil keputusan untuk keluar daripada parti tersebut. - Astro AWANI
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Lebih 3,000 ahli PKR Cabang Pitas keluar parti
Seramai 3,125 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah daripada Cabang Pitas hari ini mengambil keputusan untuk keluar daripada parti tersebut.