KUALA TERENGGANU: Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali membidas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang mendakwa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu sebagai ADUN yang melawan perjuangan Islam.
Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menegaskan bahawa berlawan dengan Pas dalam pilihan raya bukan bererti melawan Islam.
"Pas bukan satu-satunya kelompok yang mewakili Islam. Islam adalah milik pelbagai kelompok dan parti yang memperjuangkannya.
"Kita sama-sama membawa obor politik Islam dengan cara dan ijtihad yang berbeza.
"Kita sama-sama berhujah dengan dalil al-Quran dan al-Hadis apabila membawa agenda politik masing-masing," katanya di Facebook pada Jumaat malam.
Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, apabila konotasi 'lawan Islam' dijadikan asas pertembungan maka pertembungan dalam pilihan raya tidak lagi menjadi saingan tetapi peperangan yang akhirnya membawa kepada perpecahan umat Islam.
Lebih dahsyat katanya, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah sesama Muslim.
Baru-baru ini tular hantaran video berdurasi 44 saat memaparkan Mohd Nassuruddin mendakwa dua ADUN pembangkang di Kelantan sebagai ADUN yang melawan perjuangan Islam ketika menyampaikan kuliah di Kota Bharu pada Jumaat.
Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda dalam ciapan di akaun Twitternya mendakwa kenyataan Mohd Nassuruddin itu bukti gejala takfiri tak pernah surut dari Pas.
"Itupun Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari masih nafikan. Saya sedia debat!" tegasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 19 2023
Mohd Khairuddin menegaskan bahawa berlawan dengan Pas dalam pilihan raya bukan bererti melawan Islam. - Gambar fail
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Lawan Pas dalam pilihan raya bukan bererti lawan Islam - Khairuddin
Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali membidas kenyataan Menteri Besar Kelantan yang mendakwa dua ADUN di negeri itu sebagai ADUN yang melawan perjuanagan Islam.