JOHOR BAHRU: Sewaktu Barisan Nasional (BN) menyambut kemenangan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bangunan UMNO Johor tempoh hari, tumpuan media turut terarah kepada insiden laungan 'bubar Parlimen' di perkarangan bangunan tersebut.
Laungan tersebut dilakukan oleh sebilangan besar penyokong dan ahli parti itu, sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO berjalan melewati mereka.
Susulan peristiwa tersebut, beberapa pemimpin UMNO menganggap insiden tersebut adalah biadab, dan bersifat 'kurang ajar'.
“Kemenangan (PRN Johor) ini hadir bersama besarnya tanggungjawab untuk membawa aspirasi rakyat, dan semestinya tidak dapat dinafikan sama sekali ‘mood’ rakyat yang menyebelahi BN ini dicapai dari rasa yakinnya rakyat dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dari BN yang sedang memacu Kerajaan ke arah pemulihan berikutan berbagai musibah yang melanda negara.
“Juga tak dilupakan sokongan padu dan jitu dari YB Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) dan seluruh saf kepimpinan UMNO dan BN terhadap beliau, maka amat tidak wajar jika segelintir pihak ini bersikap kurang ajar kepada YAB PM seolah beliau datang dari pihak lawan,” kata Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian, Shahrul Fadhel Mohd Aziz.
Katanya lagi, pembubaran Parlimen bukan suatu perkara yang boleh diambil mudah, bukan boleh dilakukan dengan emosi, banyak aspek perlu diambil kira.
Shahrul Fadhel berkata, jika terlampau mengikut sikap terburu-buru dan terlampau yakin, berkemungkinan besar mood rakyat akan beralih kepada pihak lain dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilaporkan sebagai berkata, semua pihak dalam parti perlu memberi ruang, mandat dan kepercayaan kepada Perdana Menteri dan pucuk pimpinan berbincang dalam menentukan masa tepat untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, menyusun strategi kemenangan tidak boleh berasaskan seluruhnya kepada gempita emosi semata-mata.
Jelas beliau, kebijaksanaan pemimpin perlu dibawa ke meja perbincangan dan bermuafakat untuk menggilap asas kekuatan sebenar.
"Kita di dalam kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ini ada kaedah dan cara tersendiri serta berpegang kepada disiplin parti,” kata Ahli Parlimen Kepala Batas itu lagi.
Dalam pada itu, Ketua Puteri UMNO Putrajaya, Jumaitul Laily Zakiah berkata, kemenangan BN di Johor sedikit tercalar berikutan insiden segelintir kecil penyokong yang tidak beradab kepada YAB Perdana Menteri.
Hal itu, katanya lagi, jelas bercanggah dengan budaya yang diterapkan oleh UMNO.
“Parti keramat ini dibina atas rasa hormat dan patuh kepada pemimpin. Jangan sesekali cuba untuk mengeruhkan permuafakatan parti dengan budaya tidak beradab.
“UMNO mengangkat prinsip demokrasi dan turut mengambil kira suara akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan. Justeru itu, gunakan saluran yang betul melalui Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang akan berlangsung pada 16-19 Mac 2022 untuk menyuarakan pendapat anda,” katanya lagi.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022
Senada dengan Jumaitul, Ketua Puteri UMNO Jelebu Normassitah Md Diah yang berkata, keputusan berhubung Pilihan Raya ke-15 tertakluk kepada perbincangan pemimpin tertinggi UMNO termasuklah Ismail Sabri sendiri selaku Naib Presiden UMNO. dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
“Di peringkat akar umbi, janganlah berperangai terlebih sudu dari kuah. Hormati peranan dan keputusan pemimpin tertinggi UMNO berhubung apa-apa jua isu.
“UMNO mengangkat prinsip demokrasi dan turut mengambil kira suara akar umbi sebelum membuat sebarang keputusan. Justeru itu, gunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan anda,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Mar 14 2022
Susulan peristiwa laungan tersebut kepada PM, beberapa pemimpin UMNO menganggap insiden tersebut adalah biadab, kurang ajar. - Gambar fail
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.