KUCHING: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Larry Sng kini menjawat jawatan Timbalan Presiden baru Parti Bangsa Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak.
Bekas Presiden Parti Bangsa Malaysia Engga Uncat berkata, beliau sendiri dan seluruh ahli exco SWP yang lain telah mencapai kata sepakat untuk berundur dan memberi ruang kepada generasi muda untuk mengambil alih pengurusan parti dalam mesyuarat Agong Tahunan yang diadakan pada 14 November lepas.
Tambah Engga, dengan pemilihan semula Larry Sng sebagai ahli exco Parti Bangsa Malaysia, Parti Pekerja Sarawak telah ditukar menjadi Parti Bangsa Malaysia dan parti baru itu telah pun diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 27 Oktober.
“Ahli Exco untuk Parti Bangsa Malaysia akan diumumkan dalam masa terdekat. Kini parti tersebut telah bertukar menjadi parti Nasional dan keahlian terbuka seluruh Malaysia,” ujarnya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Julau itu meletak jawatan sebagai Ketua Parti Keadilan (PKR) Sarawak pada 28 Febuari dan beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Memetik Laporan The Malay Mail, Ahli Parlimen Tebrau, Steven Chong turut mengundurkan diri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Febuari selepas Sng meletak jawatan sebelum menubuhkan parti baharu yang berorientasikan parti berbilang kaum.
Choong juga mendedahkan Parti Bangsa Malaysia akan diterajui oleh seorang presiden Melayu namun mereka tidak akan menjadi Ahli parlimen.
Azizah Alwi
Mon Nov 22 2021
Larry Sng kini menjawat jawatan Timbalan Presiden baru Parti Bangsa Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Larry Sng kini timbalan presiden baharu Parti Bangsa Malaysia
Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Larry Sng kini menjawat jawatan Timbalan Presiden baru Parti Bangsa Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak.
PRN Sarawak: Parti Pekerja Sarawak sekarang parti mesra BN
30,000 anggotanya telah dinasihatkan supaya menyokong semua calon BN pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 yang pengundian ditetapkan pada 7 Mei.