Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) segera menghapuskan akta-akta yang dilihat menindas rakyat terutama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).
Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad ketika membuat saranan itu berkata kerajaan tidak seharusnya berpeluk tubuh atau terganggu dan tidak boleh takut untuk membuat pembaharuan politik secara lebih mendalam.
"Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), SOSMA, POTA dan undang-undang menindas lain harus dihapuskan sekali untuk diganti dengan undang-undang yang melindungi demokrasi dan keselamatan rakyat," katanya dalam amanatnya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional AMK 2018 di sini hari ini yang dihadiri lebih 400 perwakilan.
Dalam pada itu, Nik Nazmi mendesak kerajaan agar tidak perlu lagi 'menjenamakan semula' badan-badan propaganda politik kepartian dan perkauman seperti Biro Tata Negara (BTN) dan ia hanya perlu wujud dalam buku sejarah.
Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya PKR adalah parti paling lemah dalam gabungan PH.
Beliau sebaliknya berkata PKR membuktikan pengaruh parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila memiliki jumlah terbesar wakil rakyat dalam PH, iaitu sejumlah 50 Anggota Parlimen dan 70 Anggota Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.
Katanya pihaknya juga bersyukur sebab PKR berada di barisan hadapan dalam proses 'Malaysia Baru' dengan memiliki dua Menteri Besar dan Exco negeri dalam kalangan AMK.
"Dari semasa ke semasa, pengkritik menuduh kita sebagai apa yang digelar 'weakest link' dalam PH. Pada 9 Mei 2018, kita muncul sebagai komponen dengan jumlah terbesar anggota Parlimen PH. Namun, sesiapa sahaja yang berfikir Keadilan adalah 'weakest link' mereka sama sekali tersilap," katanya.
Nik Nazmi yang tidak mempertahankan jawatannnya pada pemilihan PKR kali ini mengingatkan anggota muda parti untuk tidak sama sekali membelakangi pembaharuan politik yang dikecapi selepas PRU14 dalam usaha menjadikan Malaysia lebih telus dan disokong semua pihak.
Beliau berkata anggota muda parti perlu menyokong pembaharuan yang dilakukan terutama dalam kebebasan politik dan sivil yang dicadangkan sebelum ini termasuk keputusan mengurangkan usia untuk mengundi sehingga 18 tahun.
Bernama
Fri Nov 16 2018

Nik Nazmi menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres Nasional AMK 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini. -fotoBERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.

Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.

Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.

Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.

Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.

'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.

Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.

Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.

Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.

Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.