KUALA LUMPUR:Dengan bilangan ahli Parlimen paling ramai di Dewan Rakyat, UMNO seharusnya menjadi parti yang menguasai kerajaan dan memegang portfolio penting dalam kerajaan, kata Pengerusi Lembaga Penasihat parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.
Ahli Parlimen Gua Musang itu menegaskan UMNO sepatutnya disokong, dan bukannya menyokong parti lain, kerana ia parti yang terbesar dalam blok kerajaan walaupun kalah pilihan raya umum 2018.
“Sebenarnya kita tak patut bagi sokongan… saya bercakap terus terang kerana UMNO parti terbesar.
“Walaupun kalah pilihan raya umum 2018, tapi bilangan kita terbesar di Parlimen, kita patut mengepalai mana-mana kerajaan baru yang dibentuk, bukan kerana kita besar kepala, bukan nak jadi ketua.
“Kita adalah golongan terbesar, parti tertua, ada pengaruh di merata tempat. Rakyat di setiap sudut kehidupan di negara ini ada kait-mengait dengan perjuangan kita… wajar kita diberi pimpinan,” katanya kepada portal The Malaysian Insight.
Tengku Razaleigh yang lebih dikenali dengan nama Ku Li juga berkata beliau mempersoalkan pimpinan UMNO kerana parti tidak memegang lebih banyak jawatan menteri atau diberi peranan portfolio utama dalam kabinet Muhyiddin Yassin.
“Saya soal pimpinan UMNO, mengapa kita jadi begitu… mengapa tak ambil pimpinan parti kerajaan baru untuk UMNO… tapi mereka pun tak boleh jawab.
“Kita bagi sokongan jugalah (kepada kerajaan Muhyiddin) sebab nak redakan krisis politik,” tambahnya.
Tengku Razaleigh menegaskan wakil rakyat UMNO mampu menjamin kestabilan pentadbiran sekiranya memegang portfolio penting kerana parti itu ada pengaruh yang besar di serata negara.
“Saya sekarang ini tak setuju dengan kerajaan ini… kalaupun orang lain memimpin kerajaan ini, tetapi bahagian untuk kita mentadbir negara ini mestilah portfolio penting kerana kita mempunyai pengaruh yang luas.
“Kita boleh menjamin supaya kestabilan wujud, kerana kita mempunyai pengaruh yang luas dan pengalaman yang banyak.
“Itu sebab kita rasa kita boleh menyumbang terhadap perkhidmatan yang lebih baik daripada apa yang dinikmati sekarang,” katanya.
UMNO kini mempunyai 38 ahli Parlimen di Dewan Rakyat selepas segelintir wakil rakyatnya bertindak meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Irwan Muhammad Zain
Tue Nov 17 2020
Tengku Razaleigh menegaskan wakil rakyat UMNO mampu menjamin kestabilan pentadbiran sekiranya memegang portfolio penting kerana parti itu ada pengaruh yang besar di serata negara. - Gambar Fail
Kerajaan Madani tidak lari dari landasan perlembagaan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
AWANI Ringkas: Golongan elit fobia bahasa kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Fantastic Food Festival 7.0 by Kak Nab meriah, platform usahawan IKS bina 'branding' tersendiri
Penganjuran Fantastic Food Festival (FFF) 7.0 dengan kerjasama Yaya Empire Perfume menjadi satu sinergi terbaik untuk para usahawan memasarkan produk.
Tiga anggota polis ditahan di pusat hiburan, positif dadah
Tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat Taman Dutamas, Cheras.
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
PRK Nenggiri: Ku Li janji Awie akan jadi wakil rakyat terbaik
Calon BN bagi PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal menjaga kebajikan penduduk.
BN akan terus perjuang isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan - Ku Li
BN akan terus memperjuangkan isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan yang telah berlarutan puluhan tahun.
BN fokus isu tempatan di PRK Nenggiri - Ahmad Zahid
BN akan memberi fokus kepada isu masyarakat setempat di Nenggiri dengan bantuan jentera Pakatan Harapan (PH), sepanjang kempen PRK.
DAP tak perlu turun kempen PRK Nenggiri hanya pandangan peribadi Ku Li
Gesaan Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar DAP tidak turun berkempen di PRK Nenggiri dianggap sebagai pandangan peribadi.
PRK Nenggiri: UMNO Gua Musang kemuka nama tiga calon muda
Tengku Razaleigh berkata keputusan itu dilakukan berdasarkan kriteria yang diinginkan parti, selain mengambil kira faktor pengundi daripada golongan muda di DUN Nenggiri sebanyak 62.5 peratus.
‘Mereka sudah pindah kiblat, wajar kosongkan kerusi’ - Ku Li
Ahli Parlimen atau ADUN yang menyatakan sokongan kepada parti lain disifatkan sudah berpindah pendirian dalam perjuangan politik.
PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid
UMNO akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Kerajaan disaran beri bantuan tunai bulanan
Bantuan berkenaan berperanan membiayai kehidupan rakyat dan sekali gus dapat menggunakan wang tersebut membeli barang keperluan.
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan BN untuk kembalikan petisyen pilihan raya Gua Musang
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Mohd Azmi dan memerintahkan beliau membayar kos RM30,000.