Krisis politik di Selangor boleh dijadikan pengajaran buat Barisan Nasional (BN) untuk menjadi parti yang lebih baik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata apa yang penting ialah BN sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan berterusan dalam menyelesaikan isu rakyat khususnya krisis air di negeri itu.
"Mereka tidak boleh selesaikan masalah sehingga berlarutan, tetapi kita tak mahu mengata mereka, mungkin ia satu pengajaran buat kita," katanya.
Beliau berucap measmikan persidangan Perhimpunan Agung ke-38 Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang turut dihadiri Presiden Kimma Datuk Seri Syed Ibrahim Kader di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Ahad.
Muhyiddin mengibaratkan krisis perebutan kerusi menteri besar di Selangor tidak ubah seperti "drama yang panjang".
Krisis yang dilihat berpunca daripada apa yang dipanggil 'Langkah Kajang' itu mencapai kemuncak apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR kerana enggan akur pada arahan parti supaya berundur.
Bagaimanapun, Abdul Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar dan memecat beberapa anggota exco DAP dan PKR yang tidak lagi menyokong pentadbiran beliau.
Hari ini, pimpinan tertinggi PAS dalam satu mesyuarat khas mencalonkan dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.
Pendirian PAS itu dilihat mengelirukan kerana parti itu sebelum ini menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid dan mengarahkan empat anggota Exco daripada parti itu kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid.
Bernama
Sun Aug 17 2014
-gambar fail
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.