Satu pemilihan semula bagi semua jawatan parti MIC akan dilaksanakan pada bulan Julai.

Pendaftar pertubuhan (RoS) menetapkan hanya senarai pemilih dan cawangan MIC yang ditubuhkan pada 2012 boleh diguna pakai bagi pemilihan semula itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata surat makluman mengenai perkara berkenaan sudah dihantar kepada pucuk pimpinan MIC pada Jumaat lalu.

Beliau yang ditemui pada Isnin berkata sehingga pemilihan semula itu selesai, ahli jawantankuasa kerja pusat (CWC) MIC yang dilantik 2009 akan menjadi ahli interim.

Ahli interim CWC dikehendaki menubuhkan jawatankuasa pilihan raya bagi proses pemilihan itu.

Beliau berkata, proses pemutihan hendak dijalankan bagi memastikan hanya cawangan yang sah dan layak dalam pemilihan itu.

Senarai keseluruhan pemilihan semula mic itu perlu diserahkan kepada RoS dalam tempoh 14 hari iaitu Jumaat depan.

Zahid berkata sekiranya MIC gagal melaksanakan tindakan yang ditetapkan RoS itu boleh menyebabkan pembatalan parti di bawah seksyen 13 akta pertubuhan 1966.

Pada rabu lepas, pemimpin mic bersetuju pemilihan semula itu diadakan selepas mengadakan pertemuan dengan pengerusi barisan nasional, Datuk Seri Najib Razak.