KUALA LUMPUR: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini Ahad ini, bakal menjadi bukti bahawa gabungan 19 parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan mampu duduk semeja berbincang mengangkat agenda rakyat.
Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) Mohammad Sollehin Mohamad Tajie berkata walaupun kerajaan hari ini dibentuk menerusi gabungan parti yang berbeza dari segi ideologi, namun kesemuanya berkongsi nilai yang sama iaitu untuk mencapai kestabilan dalam negara.
Menyangkal dakwaan bahawa konvensyen itu diadakan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi, Mohammad Sollehin sebaliknya berkata konvensyen itu merupakan medan untuk menyatukan parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan supaya terus kekal kuat dan stabil.
"Keutamaan kita sekarang ini bukan PRN, (tetapi untuk) memastikan kestabilan kerajaan yang ada sekarang ini. Kalau kita nak hadap PRN, mungkin lepas PRN kita bergaduh sebab keputusannya tidak bagus dan akhirnya menimbulkan keretakan kepada kerajaan sedia ada.
Yang paling penting adalah konvensyen ini menyatukan perbezaan ideologi untuk duduk bersama, untuk memastikan kerajaan pusat yang ada sekarang ini terus kekal kuat," katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara bertajuk "Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan: Hala Tuju Malaysia MADANI" terbitan Bernama TV malam ini.
Turut senada, Pengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung yang menyifatkan penganjuran konvensyen itu sebagai petanda positif ke arah memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan.
"Rakyat ingin melihat sebuah kerajaan yang stabil dan berpadu demi menjaga kestabilan rakyat. Konvensyen tersebut membuktikan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan bertekad untuk berkhidmat kepada rakyat.
Tohmahan dan serangan dari pihak lain adalah perkara biasa tetapi yang lebih penting adalah kita bersedia berkhidmat untuk rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya.
Lee berkata kejayaan penganjuran konvensyen itu juga bakal membuka lebih banyak ruang kepada penyokong akar umbi parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan memahami mengapa satu permuafakatan perlu dibina bagi berhadapan cabaran ekonomi dan sosial untuk memastikan Malaysia terus mara ke hadapan.
Konvensyen bertemakan "MADANI Mewajahi Masa Depan Malaysia" yang julung kali diadakan sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim enam bulan lepas, dijangka menghimpunkan lebih 10,000 kepimpinan parti politik gabungan Kerajaan Perpaduan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
!['Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan medan angkat agenda rakyat, kestabilan' 'Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan medan angkat agenda rakyat, kestabilan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683754880_MohammadSollehinMo.jpg)
Mohammad Sollehin menyangkal dakwaan bahawa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan diadakan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri tidak lama lagi. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
!['Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan medan angkat agenda rakyat, kestabilan' 'Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan medan angkat agenda rakyat, kestabilan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683754880_MohammadSollehinMo.jpg)
'Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan medan angkat agenda rakyat, kestabilan'
Katanya, walaupun kerajaan dibentuk oleh gabungan parti yang berbeza dari segi ideologi, namun kesemuanya berkongsi nilai yang sama.