Deklarasi Rakyat memerlukan kira-kira 1 juta tandatangan sebelum ia diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata untuk mendapatkan jumlah itu, pihaknya memerlukan ‘rakyat yang berani’ untuk menandatanganinya.
“Perkara pertama yang kita perlu buat adalah untuk mengumpul orang yang berani untuk menandatangani deklarasi itu. Kita harus menjadikan ini sebagai gerakan rakyat, bukan hanya gerakan beberapa orang.
“Tapi saya faham bahawa orang ramai takut. Mereka takut dengan kerajaan ini. Kerana tiada kebebasan, hanya ketakutan. Jadi kerana itu, ia akan menjadi sukar bagi kita untuk mendapatkan orang ramai untuk menandatanganinya.
“Tapi saya rasa ketakutan ini tidak perlu. Saya ragu-ragu dia boleh menangkap 1 milion orang,” katanya semasa satu sidang media selepas ‘Kongres Rakyat 2016’, di sini, hari ini.
Justeru Dr Mahathir menggesa orang ramai terutamanya ahli UMNO untuk tidak takut untuk menandatangani deklarasi tersebut.
Apabila beliau ditanya jika beliau kecewa dengan jumlah tandatangan yang diperolehi setakat ini, beliau berkata tidak.
“Saya tidak kecewa. Kami telah mengumpulkan lebih daripada 100,000 pada masa ini tetapi kertas perlu diagihkan kepada rakyat untuk ditandatangani.
“Sebahagian daripada mereka telah menandatangan di internet. Ia perlu dimuat turun ia akan mengambil sedikit masa.
“Sementara itu kita sedang menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan tandatangan orang ramai,” katanya.
‘Kongres Rakyat 2016’yang berlangsung petang tadi disertai oleh orang kenamaan seperti bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Lebih 2,000 orang menghadiri majlis tersebut di mana ucapan kemuncak disampaikan oleh Dr Mahathir.
Antara tuntutan Deklarasi Rakyat yang dilancarkan pada 4 Mac adalah perletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
T K Letchumy Tamboo
Sun Mar 27 2016
Deklarasi Rakyat memerlukan kira-kira 1 juta tandatangan sebelum ia diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Bawa masuk FDI bukan macam pergi pasar
Selepas pelbagai angka memberangsangkan mengenai FDI, masih ada pihak yang begitu emosional dan tetap konsisten mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Serah kuasa PM: Otai Reformis jangan ugut Dr Mahathir - Khairuddin
Kumpulan Otai Reformis diingatkan tidak mengugut Tun Dr Mahathir Mohamad dalam dalam isu penyerahan kuasa Perdana Menteri .
TMJ jangan cakap isu yang tidak difahaminya - Khairuddin
Khairuddin berkata, TMJ adalah seorang anak muda yang masih mentah dalam pengalaman politik.
Akuan bersumpah palsu, Chegubard buat laporan kepada SKMM
Laporan berhubung penyebaran akuan bersumpah palsu oleh beberapa laman facebook pro-'Deklarasi Mahathir.'
Tun M gangguan atau bantuan kepada Pakatan Harapan?
Pada 23 Mei, Khairuddin Abu Hassan dalam satu ceramah Parti Amanah Negara (PAN) di Dewan Seri Sekinchan mengumumkan Tun Dr Mahathir akan berkempen untuk calon Pakatan Harapan.
Pemalsuan SD: 'SAMM akan buat laporan polis' - Chegu Bard
Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin ia akan membuka kepada siasatan oleh forensik polis mengenai SD berkenaan.
Dr Mahathir nafi majoriti tandatangan Deklarasi Rakyat adalah palsu
Menurut Dr Mahathir, lebih 300,000 tandatangan yang mempunyai unsur penipuan telah dikeluarkan daripada senarai deklarasi.
Tak kisah parti mana, asal sokong Deklarasi Rakyat - Dr Mahathir
Ditanya sama ada beliau akan turun berkempen bagi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Tun Mahathir berkata, beliau akan cuba.
Deklarasi Rakyat: 'Ratu Naga' sumpah laknat tidak kenal Azharuddin
Syarul Ema Rena Abu Samah yang turut dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga' di alam maya, hari ini, membuat sumpah laknat bahawa beliau tidak kenal pengaturcara komputer bebas bernama Azharuddin Othman.
Wan Azizah, Nurul Izzah sifatkan surat Anwar hal dalaman PKR
Wan Azizah enggan mengulas lanjut surat yang secara keras menentang Deklarasi Rakyat.