Seorang bekas pemimpin cawangan DAP hari ini mendakwa parti itu melanggar perlembagaannya dengan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu menerusi kongres khas pada 12 Nov ini.
L. Pannerselvam, bekas Naib Pengerusi DAP cawangan Ehsan mendakwa tidak disebutkan dalam perlembagaan parti itu bahawa pemilihan CEC parti boleh diadakan dalam kongres khas.
Beliau sebaliknya berkata perlembagaan parti secara khusus menyatakan bahawa pemilihan CEC perlu diadakan pada Kongres Kebangsaan Parti.
"Selaras dengan perlembagaan DAP, pemilihan pusat perlu diadakan dalam kongres kebangsaan dengan notis 10 minggu diberikan kepada cawangan dan perwakilan.
"Sekiranya DAP bertegas untuk membuat pemilihan baharu pada 12 Nov dalam kongres khas, mereka perlu mengubah perlembagaan parti terlebih dahulu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pannerselvam berkata Klausa VII Artikel 8 perlembagaan parti dengan jelas menyatakan bahawa kongres khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan hal parti dan bukan untuk mengadakan pemilihan semula.
Beliau juga mendakwa beliau tetap kekal sebagai anggota DAP walaupun dipecat oleh CEC pada 2013 kerana panel itu tidak diiktiraf oleh undang-undang.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan pemilihan baharu untuk CEC parti akan diadakan pada 12 Nov di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.
Parti itu mengadakan pemilihan semula pada 2013 selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengesan penyelewengan dalam pemilihan 2012.
Pada Julai 2017, RoS memberitahu parti itu bahawa ia tidak berhasrat untuk mendaftarkan semula DAP tetapi terpaksa mengadakan pemilihan semula berikutan aduan daripada beberapa anggota DAP.
Pannerselvam juga menggesa kepimpinan DAP untuk mendedahkan calon yang bertanding pada pemilihan semula bagi memastikan proses kempen dan pengundian lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2017

Selaras dengan perlembagaan DAP, pemilihan pusat perlu diadakan dalam kongres kebangsaan dengan notis 10 minggu diberikan kepada cawangan dan perwakilan. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

CEC seru tiada lagi pihak persoal pendirian DAP
Young Syefura Othman menyeru semua pihak sama ada kawan atau lawan agar tidak mempersoalkan asas perjuangan dan pendirian parti itu mengenai perkara-perkara asas dalam perlembagaan.

DAP pilih barisan CEC baharu, pengganti Guan Eng untuk hadapi PRU15
Guan Eng tidak boleh dipilih semula ke jawatan itu setelah mencapai had maksimum tiga penggal namun dijangka mempunyai pengaruh yang kuat.

DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin kleptokrat - Guan Eng
DAP menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan UMNO melainkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu membuat keputusan sebaliknya.

Pilihan raya Taiwan: Lebih 19 juta dijangka keluar mengundi
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), terdapat lebih 19.31 juta pengundi berdaftar akan mengundi di 22 bandar dan daerah.

DAP tunggu Ronnie Liu jawab surat tunjuk sebab
Menyifatkan kenyataan Liu sebagai tidak bertanggungjawab, Chong berkata pihaknya akan meneruskan proses sepatutnya berhubung isu itu.

"Saya terima pingat kerana hormati Yang Dipertua Negeri Melaka" - Tey
"Saya terima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kerana menghormati anugerah yang diberikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob," kata Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok View.

Zakir Naik setuju debat dengan Ramasamy, dengan syarat...
Zakir Naik meletakkan beberapa syarat termasuk sesi debat itu mesti diadakan secara terbuka.

ROS diminta siasat pemilihan semula CEC DAP
Pemilihan semula CEC DAP yang diadakan pada 12 Nov lalu diminta disiasat semula kerana dipercayai tidak mematuhi undang-undang ditetapkan.

Pendaftaran PH, saya tidak campur tangan - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan masuk campur dalam hal operasi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).