Isu rasuah dan salahguna kuasa jika tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh akan menyebabkan kita akan melangkah ke belakang, kata bekas Senator, Datuk Mohamed Ezam Mohd Noor.

Tegas beliau, apa yang berlaku mutakhir ini, perlu ditangani segera sebelum ia menjadi bertambah parah.

"Ini isu besar, dan ini kalau kita tidak tangani sekarang menyebabkan kita melangkah ke belakang," kata Ezam ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas kritikan yang diterima selepas keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan hasrat menubuhkan Parti Bebas Rasuah, Mohamed Ezam berharap agar beliau dinilai secara adil.

"Bagi orang yang mengecam dan mengkritik saya, saya minta berlaku adil kepada saya. bercakap senang tapi untuk berkorban?

"Saya bukan nak kata saya terbaik tapi rekod saya memperlihatkan saya sanggup berkorban," katanya.


BACA: Ezam tubuh parti bebas rasuah

BACA: Parti baru fokus kepada rasuah bukan Najib semata-mata - Ezam