Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata Lembaga Disiplin PKR tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar salah laku disiplin berkenaan hal pentadbiran kerajaan negeri.
Oleh kerana itu, beliau berkata adalah tidak munasabah bagi Lembaga Disiplin memberikan beliau masa yang singkat untuk menjelaskan lima perkara berkenaan pentadbiran kerajaan negeri.
Abdul Khalid berkata lima perkara tambahan itu merupakan perkara-perkara yang telah dibincangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKM) dalam kuasa eksekutif mentadbir negeri Selangor.
“Ini jelas menunjukkan bahawa Lembaga Disiplin sendiri tidak jelas dan tidak konsisten dengan kononnya apa-apa salah laku oleh saya dan perkara-perkara yang perlu saya jawab,” katanya di dalam surat jawapan tunjuk sebab kepada lembaga itu yang didedahkan di laman media sosial Facebook dan Twitternya.
Abdul Khalid telah diminta memberi penjelasan berhubung lima perkara iaitu penstrukturan air Selangor, elaun baharu Menteri Besar, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman dengan Bank Islam, serta cadangan pembinaan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX).
Beliau turut berkata tindakan Lembaga Disiplin itu bertentangan dengan cogan perjuangan parti, ‘Keadilan Untuk Semua’.
Katanya, sebagai parti yang berjuang demi keadilan untuk semua, beliau seharusnya juga diberi peluang yang nyata, bukan secara maya untuk membela diri jika memang benar terdapat isu salah laku terhadapnya.
“Malangnya, tindakan Lembaga Disiplin terhadap saya sangat mencurigakan dan bertentangan dengan cogan parti serta prinsip keadilan semula jadi serta tidak mengikut proses yang betul.
“Saya berasa amat risau bagaimana tergesa-gesanya perkara tindakan disiplin ini sedang dilaksanakan seperti sebagaimana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasa risau mengenai rayuannya dalam Mahkamah Rayuan yang dikatakan dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa,” katanya.
Abdul Khalid juga telah meminta sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR yang dijadualkan petang ini, ditangguhkan kepada 15 Ogos.
Abdul Khalid berkata notis yang diberikan kepada beliau supaya menghadiri sesi itu adalah terlalu singkat dan tidak sampai 24 jam menyebabkan beliau menganggapnya sebagai tidak munasabah serta tidak adil.
Di dalam surat tersebut, Abdul Khalid turut berkata beliau tidak dapat menghadirkan dirinya ke sesi pendengaran tersebut kerana terikat dengan tanggungjawabnya sebagar Menteri Besar Selangor pada masa pendengaran tersebut.
Tambah beliau sekiranya Lembaga Disiplin hendak meneruskan pendengaran itu, ia harus memaklumkan nama ahli Lembaga Disiplin yang akan bersidang dalam sesi perbicaraan, prosedur yang akan diterima pakai semasa sesi itu, sama ada beliau boleh diwakili peguam dan sama ada beliau boleh membawa pegawai-pegawai bersama.
T K Letchumy Tamboo
Fri Aug 08 2014
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Lembaga Disiplin PKR tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar salah laku disiplin berkenaan hal pentadbiran kerajaan negeri.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
PKR pecat ADUN Inanam
PKR memecat ADUN Inanam, Kenny Chua Teck Ho berkuat kuasa serta-merta selepas didakwa bersama kumpulan Tan Sri Musa Aman.
Saya belum terima surat pemecatan - Zakaria
Beliau yang baru kembali dari luar negara berkata beliau hanya mendapat berita mengenai pemecatannya pada Ahad lepas melalui media.
Anwar pertahan tindakan PKR pecat dua ahli, namun ruang rayuan perlu ada
Anwar Ibrahim anggap tindakan pemecatan ke atas dua ahli parti berhubung penyelewengan adalah tepat, namun ruang untuk mereka buat rayuan harus diberikan
Wan Azizah pelawa Khalid berunding selama 3 minggu sebelum dipecat - Dr Tan
Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata alasan Abdul Khalid setiap kali diajak berbincang, adalah beliau tidak ada masa.