PUTRAJAYA: Kerjasama DAP-Barisan Nasional (BN) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan menjamin kesenangan kepada rakyat, kata Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Berucap pada Persidangan DAP 2023 di sini hari ini, beliau berkata hubungan yang terjalin selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk menjaga rakyat dan negara demi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, adalah amat dihargai.
"Daripada lawan jadi kawan, asalkan rakyat boleh senang. Setahun lepas, ini memang tak diduga," katanya yang turut menyifatkan kehadiran Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO dan rombongannya yang buat kali pertama menghadiri Persidangan Parti DAP sebagai suatu peristiwa bersejarah kepada parti.
Katanya dalam tempoh sembilan bulan, Kerajaan Perpaduan telah berjaya mengawal inflasi ke tahap rendah iaitu dua peratus pada bulan Julai dan juga pertumbuhan ekonomi yang mampan.
"Kini ada National Industry Master Plan untuk menarik pelaburan RM95 bilion agar gaji median bulanan boleh berganda sebanyak RM4,150 pada 2030," katanya.
Menyentuh mengenai kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram semalam, Lim berkata ia membuktikan rakyat memberi sokongan kepada parti dalam Kerajaan Perpaduan kerana mahu kerajaan berbilang bangsa yang berkhidmat dan menjaga semua tanpa mengira kaum serta agama.
"Itulah aspirasi semua rakyat daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Malaysia milik kita yang lahir di sini, membesar di sini, kerja, membayar cukai, berumahtangga dan hidup di sini," katanya.
Katanya sokongan juga diberikan kepada kerajaan sekarang di atas kecekapan menguruskan ekonomi dan kos sara hidup.
Jelasnya pihaknya tidak akan terikut-ikut dengan permainan politik kotor yang memainkan sentimen kaum dan ekstremisme serta politik fitnah, adu domba, kebencian, momokan dan ugutan yang memecah belahkan rakyat tanpa manfaat kepada sesiapa pun.
"Jangan percaya serigala politik yang bertopengkan negarawan berprinsip atau orang muda yang mendukung politik lama dan yang penuh dengan hasad dengki semata-mata nak balas dendam," kata Lim.
Dalam pada itu, beliau yakin Pakatan Nasional (PN) akan memutar-belitkan kekalahan mereka sebagai suatu kemenangan kerana undi mereka bertambah.
"Saya nak ingatkan PN bahawa mereka pernah sebut pilihan raya enam negeri adalah referendum rakyat terhadap pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), tetapi PH-BN menang undi popular dengan 49.5 peratus berbanding dengan PN 49.3 peratus.
Pada PRK Parlimen Pulai, calon PH Suhaizan Kaiat menang dengan majoriti 18,641 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada PN dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi manakala di DUN Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman menang dengan majoriti 3,514 undi menewaskan calon PN Dr Mohd Mazri Yahya dan calon Bebas, S Jeganathan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Parti DAP 2023 di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama DAP-BN jamin kesenangan rakyat - Lim Guan Eng
Kerjasama DAP-Barisan Nasional (BN) dalam membentuk Kerajaan Perpaduan menjamin kesenangan kepada rakyat, kata Pengerusi DAP Lim Guan Eng.