Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Selangor untuk mendapatkan penangguhan sementara prosiding penyiasatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan negeri di Selangor.
Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan dalam keputusannya berkata penangguhan itu diberi sementara menunggu pendengaran permohonan kerajaan Selangor pada 16 Dis untuk mendapatkan kebenaran agar diadakan semakan kehakiman.
Katanya penangguhan itu diberi kerana terdapat keadaan istimewa dan keputusan berkenaan tidak akan mewujudkan prejudis terhadap SPR mengenai "pengekalan status quo".
Menurut Azizul, sekiranya beliau menafikan penangguhan itu dan penyiasatan diteruskan, permohonan kebenaran oleh Kerajaan Selangor akan hanya menjadi bersifat akademik.
Mahkamah membuat keputusan itu setelah mendengar hujah peguam Datuk S. Ambiga, yang mewakili kerajaan negeri dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, yang bertindak bagi pihak SPR, pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah serta setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.
Pada 19 Okt, Kerajaan Selangor, yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan negeri di Selangor oleh SPR.
Beliau memohon mendapatkan perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula itu, yang dibuat berdasarkan satu kajian SPR pada 2016, adalah tidak mengikut perlembagaan, bercanggah dengan Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113(2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu adalah tidak sah dan terbatal.
Mohamed Azmin, yang juga anggota Parlimen Gombak, turut memohon mendapatkan perisytiharan bahawa kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaru dalam melaksanakan persempadanan semula itu adalah tidak mengikut Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu adalah tidak sah dan terbatal.
Beliau memfailkan permohonan itu dengan alasan tindakan SPR tidak mengikut perlembagaan, tidak wajar dan tidak rasional mengikut Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga memohon relif lain, termasuk perisytiharan bahawa notis yang disiarkan tidak mempunyai butiran lengkap, di mana pemilih biasa, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak dapat menunaikan hak mereka untuk membuat representasi. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 28 2016
Pada 19 Okt, Kerajaan Selangor, yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar cadangan persempadanan semula oleh SPR. - Gambar fail
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Dagangan saham Sarawak Cable digantung mulai 18 Nov sementara tunggu keputusan mahkamah
Penggantungan itu akan ditarik balik jika mahkamah tidak memberikan perintah pengurusan kehakiman pada perbicaraan pada 20 November ini.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pegawai polis langgar pelajar: Pasukan pembelaan baharu, bicara ditangguh
Peguam M Athimulan dalam permohonannya berkata, mereka secara rasmi mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, mulai pagi ini.
Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
Najib didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin baik.
Pembiayaan tambahan RM2 bilion: Najib percaya BOD buat keputusan demi kepentingan SRC
Datuk Seri Najib Tun Razak percaya BOD SRC akan membuat keputusan yang bertanggungjawab demi kepentingan syarikat.