KUALA LUMPUR:Kerajaan akan mempertimbang untuk mencadangkan pengisytiharan darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah sekiranya kawasan itu mempunyai risiko penularan COVID-19, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu akan dibuat selepas merujuk kepada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Sebagaimana kita maklum bahawa perkara ini di bawah peruntukan Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan dibenarkan sekiranya Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa sesuatu kawasan atau keseluruhan Malaysia ini boleh diisytiharkan darurat.
"Ini termasuklah apa yang dibuat dalam proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk isytihar darurat di kawasan itu menyebabkan ia (PRK) tidak perlu diadakan.
"Tindakan yang sama dijangka diberi pertimbangan oleh pihak kerajaan sekiranya suasana Parlimen Gerik dan DUN Bugaya mempunyai risiko yang sama setelah kerajaan merujuk kepada Kementerian Kesihatan dan MKN," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 Nov lepas, mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, yang sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu yang ditetapkan pada 5 Dis.
Pada 27 Nov, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Gerik dan DUN Bugaya dijalankan serentak pada 16 Jan 2021.
Menjawab pertanyaan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) ketika membahaskan rang undang-undang itu yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengisytiharkan darurat di Sarawak sekiranya DUN Sarawak dibubarkan, Takiyuddin berkata kerajaan akan mempertimbangkan perkara itu apabila tiba masanya.
Mengenai persoalan persiapan pilihan raya dalam suasana normal baharu, Takiyuddin berkata sebagai persediaan awal, SPR telah mengenal pasti petugas pilihan raya dan memulakan taklimat serta latihan kepada mereka yang terlibat.
Beliau berkata taklimat dan latihan itu meliputi proses pilihan raya yang baharu melibatkan garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.
"SPR juga menambah peralatan pencegahan COVID-19 seperti pelitup muka, pensanitasi tangan, peralatan perlindungan peribadi (PPE), alat pemeriksa suhu, sarung tangan getah dan seumpamanya. SPR juga sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan usaha pencegahan COVID-19 seperti Kementerian Kesihatan dan MKN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020
Takiyuddin berkata keputusan itu akan dibuat selepas merujuk kepada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Gerakan JI di negara ini masih terkawal - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) di negara ini masih terkawal.
iPhone 17 Slim dijangka hadir dengan rekaan kamera belakang di bahagian atas-tengah
iPhone 17
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman tujuh hari.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Kuasa Agong isytihar darurat tidak boleh diadili oleh mahkamah
Kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile.
10 maut dalam kebakaran hutan di Chile
Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.
Myanmar lanjutkan darurat selama enam bulan
Pemangku Presiden U Myint Swe mengisytiharkan lanjutan tempoh darurat selama enam bulan lagi semasa mesyuarat NDSC pada Rabu.
Darurat Ecuador: Tentera giat cari 'lubuk' pengganas
Presiden Daniel Noboa juga telah mengisytiharkan darurat selama 60 hari dan menamakan 22 kumpulan sebagai kumpulan pengganas.
3 maut dalam ribut di tenggara AS, Florida isytihar darurat
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam cuaca buruk yang melanda sebahagian besar kawasan Tenggara Amerika Syarikat, pada Selasa.
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Ribut Ciaran: Itali umum darurat di lima wilayah di Tuscany
Darurat diterima pakai di wilayah Florence, Livorno, Pisa, Prato dan Pistoia susulan cuaca ekstrem sehingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan.
Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau melanda pulau itu.
Peru lanjutkan tempoh darurat akibat cuaca ekstrem
Peru memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama 60 hari di kebanyakan kawasan berikutan cuaca ekstrem yang disebabkan oleh El Nino dan hujan bermusim.