SHAH ALAM: Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid berkata, kesanggupan ahli-ahli politik untuk berkongsi kuasa menjadi persoalan dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Menurutnya, ini kerana kaedah perkongsian kuasa antara yang perlu difikirkan sekiranya lantikan kabinet bagi Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang.
"Kalaulah istilah perpaduan itu bermaksud semuanya setara dan bersama bermakna tiada pembangkang kerana tiada siapa yang boleh mengakui ada majoriti jelas. Jadi bagaimana melantik kabinet sekiranya tanpa pembangkang?
"Mungkin boleh memikirkan bagaimana (menggunakan) sistem kuota, sistem yang ada elemen 'segmental autonomy' sesuai dengan kemahiran dan pengalaman menerusi kaedah 'consociational politics' (kesepakatan politik).
"Persoalannya sudikah mereka berkongsi kuasa? Ramai yang mengandaikan ramai ahli politik adalah rasional terutamanya sekali dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.
"Tapi kesenjangan ideologi, pendekatan dan strategi sangat bergantung kepada bagaimana ahli kabinet dan menteri-menteri ini boleh duduk semeja dan bekerjasama," katanya ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Akhirnya Anwar PM Kerajaan Perpaduan' yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Program yang dikendalikan oleh Fahiz Ariff itu turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Dr Mohd Muzzammil Ismail; Pengurus Kanan (Penyelidikan) Institut Darul Ehsan, Khairul Ariffin Mohd Munir; dan Mantan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sebagai panelis.
Mengulas lanjut, Kartini berkata, kebanyakan pemimpin utama parti ketika ini adalah lahir dari 'sekolah UMNO' membuatkan ramai yang mengandaikan tiada masalah untuk mereka bekerjasama.
"Dalam politik, tiada musuh yang kekal. Jika mengambil semangat positif mengandaikan mereka boleh bekerjasama, agihan kabinet paling sesuai adalah pengagihan kuota mengikut kepada kemahiran dan pengalaman yang kita dapat lihat pada dalam kesemua tokoh Kerajaan Perpaduan," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 24 2022
KARTINI: Kesenjangan ideologi, pendekatan dan strategi sangat bergantung kepada bagaimana ahli kabinet dan menteri-menteri ini boleh duduk semeja dan bekerjasama. - Gambar fail
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Kerajaan Perpaduan: Sanggupkah mereka berkongsi kuasa?
Ini kerana, kaedah perkongsian kuasa antara yang perlu difikirkan sekiranya lantikan kabinet bagi Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang.
Parti Emmanuel Macron hilang majoriti, risiko Parlimen tergantung
Mulai Isnin, kem Macron akan berusaha mencari pakatan baharu.
BN jelas dengan konsep perkongsian kuasa - Mohamed Khaled
"Kestabilan itu hanya boleh dicapai melalui BN kerana daripada segi pendekatan BN, kita menekankan kepada soal integrasi."
Perkongsian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu dikaji semula
Kerajaan Negeri perlu diberi lebih banyak kuasa dalam hal-hal seperti pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan pengawalan polis.
Bukan UMNO Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan akan melantik ketua menteri daripada komponen Barisan Nasional (BN) selain UMNO, jika mendapat mandat di Pulau Pinang pada PRU14.
Kembali kepada asas perjuangan parti - PM Najib
Sebagai 'orang parti' semua anggota komponen BN perlu faham tentang prinsip berkenaan dan bergerak dengan tersusun bersama-sama untuk memastikan kemenangan besar parti itu dalam PRU14.