Gabungan barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang baru tidak mampu membuatkan rakyat kagum, jauh sekali berupaya menjadi pesaing Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid sebaliknya berkata, pembentukan gabungan itu yang diumumkan baru-baru ini hanya untuk melihat penerimaan orang Melayu terhadap kepimpinan mereka.
Malah katanya, kepemimpinan pembangkang juga jelas menunjukkan gabungan itu tidak mempunyai persefahaman kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri.
"Kalau kita tengok, nampak di situ dah tak sefahaman. Masing-masing ada sasaran hendakkan tempat (kedudukan), dan dia terpaksa bagi rakyat tengok.
"Kita nampak, dia cuba nak tengok orang Melayu boleh terima (atau tidak). Inilah bentuk kepimpinan Pakatan Harapan.
"Dan DAP hanya jadi salah seorang timbalan presiden Pakatan Harapan. Saya tak nampak 'impress' kepada masyarakat," katanya pada Majlis Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bayan Baru di Bayan Baru malam tadi.
Tambah Mahdzir, barisan kepimpinan Pakatan Harapan juga dilihat seolah-olah tidur di katil yang sama namun mengalami mimpi masing-masing yang berbeza.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, kepemimpinan gabungan pembangkang itu juga gagal memberi impak kepada masyarakat apabila mengetengahkan komposisi yang dilihat bercelaru.
Khamis lalu, Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan struktur kepimpinan baharunya.
Gabungan parti pembangkang itu menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden.
Astro Awani
Sun Jul 16 2017
![Kepimpinan Pakatan Harapan baru tak mampu buat rakyat kagum - Mahdzir Kepimpinan Pakatan Harapan baru tak mampu buat rakyat kagum - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81499643623_MahdzirKhalid.jpg)
Mahdzir berkata, kepemimpinan gabungan pembangkang itu gagal memberi impak kepada masyarakat apabila mengetengahkan komposisi yang dilihat bercelaru. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![MB Kedah enggan ulas isu pertukaran kerajaan Persekutuan MB Kedah enggan ulas isu pertukaran kerajaan Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683099466_TBSANUSIKEDAH.jpg)
MB Kedah enggan ulas isu pertukaran kerajaan Persekutuan
Sanusi memberi bayangan pembangkang mempunyai sokongan mencukupi dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kepimpinan baharu di negara ini.
![Madius Tangau tidak pertahan jawatan Presiden UPKO, namakan Ewon Benedick sebagai pengganti Madius Tangau tidak pertahan jawatan Presiden UPKO, namakan Ewon Benedick sebagai pengganti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664357585_TBEWONTANGAU.jpg)
Madius Tangau tidak pertahan jawatan Presiden UPKO, namakan Ewon Benedick sebagai pengganti
Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pada pemilihan parti akan datang.
![Warisan umum barisan kepimpinan 2021-2024 Warisan umum barisan kepimpinan 2021-2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661693374_shafieapdal.jpg)
Warisan umum barisan kepimpinan 2021-2024
Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini, mengumumkan barisan kepimpinan parti untuk penggal 2021 hingga 2024.
![Pemilihan KOM esok bakal pilih kepimpinan baharu Pemilihan KOM esok bakal pilih kepimpinan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654959775_TBMASHUPSMMUTHUS.jpg)
Pemilihan KOM esok bakal pilih kepimpinan baharu
Ahli gabungan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bakal memilih pucuk kepimpinan baharu, sempena mesyuarat agung tahunannya pada esok.
![Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612858523_Rasuah.jpg)
Keazaman rakyat kunci kejayaan kepada masyarakat bebas rasuah
Beliau berkata perubahan dalam kerajaan tidak akan menjamin kepimpinan baharu akan mengelak daripada melakukan perbuatan rasuah dan kesalahan lain.
![Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468045233_KAFAKelantan.jpg)
Wan Abdul Rahim sedia timbang jawatan Presiden KAFA
Setakat ini, belum ada mana-mana individu atau Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) menghubunginya bagi menyatakan hasrat untuk mencalonkan beliau susulan peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan.
![Skuad bola sepak Perlis sah ke Sukma Perak Skuad bola sepak Perlis sah ke Sukma Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51535901080_MohdAbdKarimKhan.jpg)
Skuad bola sepak Perlis sah ke Sukma Perak
PFA mendapat tajaan utama pada saat akhir, sekali gus membolehkan pemain-pemain muda Perlis beraksi dalam saingan di Padang Majlis Perbandaran Manjung yang bermula 9 hingga 19 Sept ini.
![Kepimpinan baharu MOM perlu kekal kerja berpasukan - Tunku Imran Kepimpinan baharu MOM perlu kekal kerja berpasukan - Tunku Imran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523672538_OLYMPIC.jpg)
Kepimpinan baharu MOM perlu kekal kerja berpasukan - Tunku Imran
Tunku Imran berkata elemen tersebut perlu dijadikan sebagai budaya jika kepimpinan baharu MOM mahu memastikan setiap agenda dan perancangan dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkesan.
![Kepimpinan Pakatan Harapan baru tak mampu buat rakyat kagum - Mahdzir Kepimpinan Pakatan Harapan baru tak mampu buat rakyat kagum - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81499643623_MahdzirKhalid.jpg)
Kepimpinan Pakatan Harapan baru tak mampu buat rakyat kagum - Mahdzir
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid sebaliknya berkata, pembentukan gabungan itu yang diumumkan baru-baru ini hanya untuk melihat penerimaan orang Melayu terhadap kepimpinan mereka.