GEORGE TOWN: Kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bahawa tidak mustahil kerajaan Pusat akan bertukar sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi semua Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini adalah tidak betul.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, ketika ditemui Bernama pada Isnin, berkata sekiranya gabungan pembangkang itu menang di enam negeri pada PRN ini, ia tiada kaitan dengan kedudukan kerajaan Pusat.
Sebaliknya, katanya, semua Ahli Parlimen terikat dengan undang-undang Akta Lompat Parti.
Beliau berkata di bawah undang-undang Akta Lompat Parti itu, mana-mana Ahli Parlimen tidak boleh lompat parti secara individu kerana undang-undang tersebut telah berkuat kuasa di peringkat persekutuan walaupun ada beberapa negeri belum melaksanakannya.
Ramkarpal berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad Faizal, yang juga Timbalan Pengerusi PN, semalam, bahawa terdapat proses undang-undang yang membolehkan pertukaran kerajaan di peringkat Pusat berlaku sekiranya PN menang pada PRN ini walaupun terdapat Akta Lompat Parti.
Terdahulu, Ramkarpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang, di sini, bersama-sama Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying bagi meninjau kerja membaiki dan menaik taraf keadaan siling serta bumbung 10 buah kelas yang rosak dan telah siap dibaiki.
Esok, adalah hari mengundi awal dan Sabtu ini hari mengundi PRN di Kelantan,Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Ramkarpal Singh, berkata sekiranya gabungan pembangkang itu menang di enam negeri pada PRN ini, ia tiada kaitan dengan kedudukan kerajaan Pusat. - Foto BERNAMA
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
[TERKINI] Serangan Ulu Tiram: Lima anggota keluarga suspek ditahan
Sebelum berakhir, ini lagi laporan yang baru kami terima berhubung serangan Ulu Tiram.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.
Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine
Pilihan raya itu melibatkan puluhan wilayah serata Rusia bagi memilih gabenor dan penggubal undang-undang baharu.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.
PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin
Amirudin berkata, keputusan tepat telah dibuat oleh rakyat Selangor dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.
PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
[LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal
Proses demokrasi berjalan lancar di semua 3,190 pusat mengundi bagi PRN di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi PRK Parlimen K. Terengganu
PRN: Sentimen 'perlukah keluar mengundi' jadi kebimbangan
Hannah Yeoh melihat ada petanda positif menerusi jumlah kehadiran pada ceramah-ceramah yang diadakan.
Projek mega, isu setempat boleh jadi modal politik jika tidak ditangani - Penganalisis
Abdul Rais berkata, isu yang dibangkitkan oleh penduduk perlu diambil berat khususnya membabitkan kualiti hidup.