Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata kenyataan Pemuda PAS Pulau Pinang tidak akan bekerjasama dengan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh adalah pandangan dewan pemuda itu.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata sehingga kini kepimpinan PAS pusat belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang berhubung perkara itu.
"Saya anggap ia sekadar pandangan daripada mereka, tiada apa-apa tindakan akan diambil...tengoklah bila bermula pilihan raya nanti.
"Sesiapa pun boleh beri pandangan, namun keputusan parti akan dipatuhi oleh semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung PAS kawasan Jelutong di sini pada Ahad.
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mohd Piah yang dipetik sebagai berkata bahawa mereka tidak akan bekerjasama di Permatang Pauh selagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri itu dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang tidak menarik balik kenyataan ke atas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.
Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang turut menyifatkan isu itu adalah masalah dalam rumah tangga parti dan semua isu berbangkit itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan parti.
"Kami bermesyuarat setiap bulan, jadi kami akan bincang semua isu itu... tidak ada masalah. (Buat masa ini) kami akan tumpu pada pilihan raya.
"Bulan depan di minggu kedua, kita akan mesyuarat dan bincangkan isu ini. Kita bincang isu ini dalam rumah tangga parti. Perkara-perkara seperti ini bukan benda baharu dalam politik," katanya.
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei.
Bernama
Mon Apr 20 2015

MAT SABU: Sehingga kini kepimpinan PAS pusat belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew
Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara.
Agenda AWANI: E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik – TKSU Kementerian Perpaduan Negara
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat. Jelasnya, sistem berkenaan turut memantau isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Wujudkan kerajaan teknorat Gaza, jamin pembangunan mampan – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata sebuah kerajaan teknokrat di Palestin perlu diwujudkan untuk memastikan pembangunan semula Gaza yang lebih mampan. Jelasnya, Palestin tidak miskin tokoh dalam pelbagai kepakaran yang berupaya memimpin pembangunan wilayah terkepung itu. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Kementerian Perpaduan Negara ketengahkan etnik Portugis, Chetti demi meraikan kepelbagaian - TKSU
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud berkata Kementerian Perpaduan Negara mengambil inisiatif mengetengahkan etnik-etnik minoriti dalam negara seperti etnik Portugis dan Chetti di Melaka. Jelasnya, langkah ini bagi memastikan kaum-kaum majoriti turut menghargai kepelbagaian yang sedia-ada di Malaysia. #AgendaAWANI

Konsep Negara Bangsa jadi fokus KPN bentuk masyarakat bersatu padu
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memilih tema 'Harmoni Dalam Kepelbagaian' dan Konsep Negara Bangsa sebagai fokus utama tahun ini.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis (IEIJS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban berkata bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza. Jelasnya, masyarakat awam Arab sememangnya tidak berbelah bahagi menyokong pembelaan nasib rakyat Palestin. #AgendaAWANI
AWANI 7:45 [12/3/2025] – Henti polemikkan isu 3R | Sindiket pendaftaran kelahiran | Bukan bailout | Bukan lagi lubuk rezeki
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Pemimpin politik perlu berhenti jadi badut, titah Sultan Pahang
-Rasuah daftar keahlian: Penjawat awam, pengamal perubatan dan undang-undang ditahan
-Suntikan RM1.1 bilion untuk Sapura energy bukan 'bailout' tetapi pelaburan
-Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Pemimpin politik perlu berhenti jadi badut, titah Sultan Pahang
-Rasuah daftar keahlian: Penjawat awam, pengamal perubatan dan undang-undang ditahan
-Suntikan RM1.1 bilion untuk Sapura energy bukan 'bailout' tetapi pelaburan
-Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kenyataan enggan bantu kempen P.Pauh bukan pandangan PAS Pusat - Mat Sabu
Kenyataan Pemuda PAS Pulau Pinang tidak akan bekerjasama dengan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh adalah pandangan dewan pemuda itu.

Pemuda PAS Kuantan desak Dr Hatta Ramli, dan 'konconya' letak jawatan
Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Kuantan hari ini mendesak Dr Hatta Ramli dan 'kumpulan konspirasinya' supaya meletakkan kesemua jawatan di dalam parti itu.