Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson Sabtu ini, calon Bebas Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mempergiatkan gerak kerja kempennya dari rumah ke rumah untuk menarik sokongan seberapa ramai pengundi yang disifatkannya lebih berkesan.
"Masa hanya tinggal kurang 48 jam lagi... jadi, saya perlu giat berkempen walaupun saya sudah turun di banyak tempat. Saya perlu bekerja kuat dan mendampingi pengundi secara terus. Saya akan menggunakan saki baki hari yang tinggal dengan strategi mempergiatkan kempen menemui seberapa ramai pengundi di Parlimen Port Dickson.
"Walaupun agak penat menemui penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Linggi, Bagan Pinang, Sri Tanjung, Chuah dan Lukut dari pagi hingga malam, tetapi cara ini lebih berkesan. Saya bersyukur kerana ramai yang mengenali saya kerana saya adalah calon tempatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen di Teluk Kemang di sini, hari ini.
Mohd Isa, yang juga bekas pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), berkata penduduk yang beliau temui memberi respons sangat baik dan berjanji akan menyokongnya.
Di lokasi lain, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu membidas kenyataan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyifatkan beliau tidak lagi relevan bertanding pada PRK berkenaan.
"Saya pun tak tahu relevan ke tidak, tapi ramai juga ahli politik yang tak relevan. Soal relevan itu sangat subjektif, mungkin saya relevan di Port Dickson...bukannya di Jelebu. Jadi, benda-benda ini sangat subjektif... jadi, tak ada apa yang menyebabkan saya tak relevan," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa kempen beliau di Kampung Paya, di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rais dalam ceramahnya semalam dipetik sebagai berkata Mohd Isa tidak relevan bertanding pada PRK Parlimen Port Dickson.
Mengenai hasil kajian yang dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati sokongan masyarakat Port Dickson lebih cendorong kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding beliau, Mohd Isa menyifatkan kajian berkenaan memihak sebelah pihak.
PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru membabitkan Mohd Isa, Anwar yang mewakili Pakatan Harapan, calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan empat calon Bebas termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini.
Parlimen Port Dickson mempunyai 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 11 2018
ISA: Saya bersyukur kerana ramai yang mengenali saya kerana saya adalah calon tempatan.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Kempen berbaki sehari, Isa Samad pergiat gerak kerja raih undi
Isa akan menggunakan saki baki hari yang tinggal dengan strategi mempergiatkan kempen menemui seberapa ramai pengundi di Parlimen Port Dickson.