Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kejayaan UMNO memajukan Malaysia bukanlah kerana pemimpin semata-mata, tetapi kerana kekuatan parti itu sendiri.

"Saya setuju UMNO telah majukan negara, itu UMNO bukan pemimpin UMNO."

Kata Dr Mahathir, beliau sendiri tidak pernah mengambil kredit di atas kejayaan parti.

"Jangan buat seolah-olah itu kejayaan kita (pemimpin), janganlah ambil kredit.

"Saya sendiri tidak pernah ambil kredit," kata bekas Perdana Menteri itu sebagai mengulas ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada Khamis.

Dr Mahathir menghadiri perhimpunan hari ini bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.