Barisan kepimpinan negara dilihat lebih mantap dengan kemasukan semula wakil MCA dan Gerakan yang melengkapkan lagi penglibatan semua kaum dalam pentadbiran Malaysia.
Penganalisis politik berpandangan Kabinet yang dicorakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mampu meneruskan pelbagai agenda transformasi, selain mengukuhkan lagi perpaduan serta keharmonian negara.
Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata kehadiran wakil dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu memberi imej positif kepada negara dan membuktikan bahawa Najib benar-benar berpegang kepada janji.
"Dahulu, MCA berikrar tidak akan menyertai kerajaan, tetapi Najib melihat dalam tempoh setahun ini bahawa perlunya wakil dari kaum Cina dalam Kabinet.
"Yang penting, Perdana Menteri menunaikan janjinya dan tidak pernah menolak perwakilan orang Cina dalam kerajaan, sekaligus memberi imej positif kepada kerajaan di dalam dan luar negara," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau mengulas pengumuman Najib mengenai pelantikan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong masing-masing sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut dilantik ialah tiga naib presiden MCA - Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ramlah menjelaskan pelantikan itu juga seharusnya memberi impak positif kepada agenda transformasi negara, dan menggesa rakyat menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada barisan kepimpinan negara.
"Kerajaan bukanlah hendak menghancurkan negara malah mereka buat yang terbaik. Rakyat perlu sokong untuk mengurangkan persepsi buruk dan kontroversi dalam negara. Jika tidak, orang lain akan ambil kesempatan," katanya.
Pensyarah Geopolitik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali pula berkata suara masyarakat Cina akan lebih mudah disampaikan ke peringkat tertinggi dengan kehadiran menteri dan timbalan menteri dari MCA dan Gerakan.
"Mereka yang baharu dilantik perlu berusaha turun padang untuk menunaikan apa jua manifesto yang dijanjikan serta mengembalikan keyakinan masyarakat Cina terhadap parti-parti itu," katanya.
Beliau berkata ketiadaan wakil MCA dan Gerakan dalam Kabinet menyebabkan pelaksanaan program transformasi kerajaan tidak dijalankan dengan sempurna kerana ia memerlukan kesepakatan semua kaum.
"Transformasi kini lebih difahami masyarakat Cina yang dahulunya keliru. Ia juga memudahkan kerajaan menjalankan program-program untuk kebaikan rakyat kerana semua parti komponen (BN) bergerak menjadi satu," jelasnya.
Sementara itu, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Azmi Hassan berkata menteri dan timbalan menteri yang baharu itu memikul tanggunjawab besar bagi memastikan sokongan pengundi Cina bertambah pada pilihan raya umum akan datang.
"Perdana menteri telah memberi keyakinan kepada mereka, jadi keyakinan itu harus dibalas dengan tanggungjawab supaya MCA dan Gerakan dapat berada dalam satu landasan dengan komponen BN yang lain," katanya.
Kesemua penganalisis politik itu turut bersetuju dengan kenyataan Najib yang berpuas hati dengan barisan Kabinet sedia ada.
Mereka berpendapat Najib tidak perlu melakukan rombakan Kabinet kerana ia dianggap sebagai membuang masa sebaliknya barisan Kabinet sedia ada perlu mendalami portfolio masing-masing.
Bernama
Wed Jun 25 2014
Kabinet lebih mantap dengan kembalinya wakil MCA, Gerakan - Penganalisis
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Hadis 40 Imam Nawawi: Pas akan adakan dialog bersama Gerakan - Hadi
Abdul Hadi berkata Pas sentiasa berhubung dengan Gerakan dalam membincangkan mana-mana isu berbangkit.
Ahli Gerakan perlu fokus PRN berbanding pemilihan parti - Dominic Lau
Penyandang Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau mengingatkan kepada semua ahli supaya fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding pemilihan parti.
Tiada keperluan debat projek tambak laut Pulau Pinang Selatan - Kon Yeow
Tiada keperluan untuk berdebat berhubung Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) kerana segala pertikaian mengenainya sudahpun dibincangkan secara panjang lebar sebelum ini.
PRU15: Presiden Gerakan sahkan bertanding di Pulau Pinang
Bagaimanapun, Dominic Lau masih merahsiakan kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya.
PRU15: Calon kuasai bahasa Melayu dengan baik pilihan Gerakan - Dominic
Hanya mereka yang mengusai kemahiran bahasa Melayu dengan baik akan dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Dr Dominic Lau.
Gerakan sarankan kerajaan kekalkan hukuman mati atas kesalahan jenayah kejam
Jenayah seumpama itu perlu mendapatkan hukuman setimpal terutama melibatkan kes kehilangan nyawa mangsa.
PRN Johor: PN muktamad senarai calon minggu depan - Muhyiddin
Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor minggu depan, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KEMAS gerakkan 1,256 sukarelawan bantu mangsa banjir
207 premis Tabika, Taska dan Pusat Kegiatan KEMAS di seluruh negara sudah dikenalpasti terjejas akibat banjir yang melanda.
PRN Melaka: Landskap politik norma baharu Melaka perlu diperhalusi
Situasi ini juga bakal memberi peluang yang sama rata kepada semua parti untuk meraih kemenangan.
MPN yakin Agong dapat tangani kemelut politik
Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat segala persoalan itu dapat diselesaikan atas kebijaksanaan dan kearifan Yang di-Pertuan Agong.