KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghampakan rakyat kerana masih membariskan menteri dan timbalan menteri yang sering dikritik dan dianggap gagal sebelum ini.
Anwar menjelaskan, rakyat melihat senarai Kabinet yang diumumkan itu hanyalah 'kitar semula' hingga ia dijadikan bahan sindiran di media sosial.
"Tentunya reaksi spontan dalam kalangan rakyat, pengumuman itu mengecewakan dan menghampakan kerana ia hanya kitaran semula seperti mana yang diuar-uarkan dalam media sosial. Secara gurauan, mereka menyebut Kabinet baharu dan Kabinet lama tetapi macam almari yang tiada perubahan.
“Negara menghadapi krisis akibat COVID-19 yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekan rakyat terutama golongan bawahan. Tetapi, langkah yang diambil itu hanya kitar semula, menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan menangani masalah ini dengan berkesan,” katanya dalam satu video ringkas di sini pada Jumaat.
Astro Awani
Fri Aug 27 2021

Anwar menjelaskan, rakyat melihat senarai Kabinet yang diumumkan itu hanyalah 'kitar semula' hingga ia dijadikan bahan sindiran di media sosial. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mahdzir mahu utama agenda pemerkasaan luar bandar
Usaha pemerkasaan masyarakat luar bandar akan dijadikan salah satu agenda utama yang akan diterapkan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Sedia terima CSA jika tawaran PM sama seperti Muhyiddin - Tony Pua
Pakatan Harapan sedia menerima CSA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya tawaran itu sama seperti dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Kabinet baharu: Masa untuk selamatkan rakyat, pulih ekonomi, bukan politiking - Hadi Awang
Pas memberi sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk menjalankan tugas dengan budaya kerja berprestasi tinggi berorientasikan keberhasilan.

Tidak perlu pertikai kewajaran pelantikan kabinet - Shamsul Amri
Penentuan kepada kewajaran atau kelayakan kepimpinan tersebut akan ditentukan oleh dua fokus utama iaitu COVID-19 dan ekonomi.

Kabinet baharu: Naratif politik sama tidak mampu ubah sentimen rakyat - Penganalisis
Anggota Kabinet yang diumumkan pada Jumaat boleh dianggap tidak efektif kerana dilihat tidak mampu menggerakkan naratif politik yang berbeza.

Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan tidak pamer prestasi baik - Masrizal
Tiada alasan untuk barisan Kabinet baharu tidak dapat mempamer prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila pengumuman barisan Kabinet baharu memberikan lebih keyakinan dalam kalangan pelabur.

Kabinet baharu: Tumpu isu berkepentingan masyarakat secara mikro - Penganalisis
Pengumuman barisan Kabinet diharapkan dapat meneruskan PPN dan memberikan penambahbaikan khususnya dalam isu berkepentingan masyarakat secara mikro.

Kabinet Malaysia: Gugur menteri yang gagal selepas 100 hari - Najib
Datuk Seri Najib Razak berharap agar kesemua barisan Kabinet yang dibentuk pada Jumaat dinilai berdasarkan hasil dan pencapaian.

"Tak ada pilihan lain, mari doakan gaji mereka dibayar separuh" - Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh berharap lantikan baharu ini akan dipotong separuh gaji berbanding ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.