Bintulu: Dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N67 Jepak menggariskan agenda berbeza ketika mengharungi kempen pilihan raya tersebut.
Bagi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee, beliau mahu menggunakan pengalaman 13 tahun sebagai Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk membantu golongan muda di DUN Jepak.
“Saya biasa membantu mereka yang memerlukan, dan dalam konteks pekerjaan saya dahulu, menangani anak-anak yang terjebak ke dalam kancah penagihan dadah dan keluarga mereka.
“Acap kali saya menerima panggilan (telefon) ibu bapa dan ahli keluarga yang mahukan anak mereka pulih daripada penagihan dadah. Saya memang membantu setiap kali (menerima) panggilan telefon ini, tidak kira ia datang dari kawasan pedalaman, di luar-luar bandar dan kampung,” katanya.
Ketika bersama AADK katanya, beliau akan membantu dengan upaya yang ada, baik melakukan program outreach, pencegahan, merawat, dan pemulihan.
Kerana itu katanya, beliau yakin dapat mendekati anak muda di kawasan itu dengan layanan yang sama, kerana beliau sendiri menjadikan mereka fokus sasaran sebelum ini.
Dalam konteks belia di Jepak dan Bintulu, beliau berikrar untuk berusaha memahami keperluan golongan muda di situ, dan merancang pelbagai program bagi menyediakan peluang pekerjaan.
“Ini termasuk melengkapkan mereka dari segi kemahiran tertentu, berdasarkan minat. Contohnya di Bintulu, ada bidang minyak dan gas.
“Kita akan bawa mereka (golongan anak muda) untuk melakukan engagement dengan latihan kemahiran. Bagi yang ada latar akademik kita usahakan mereka melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS, baik di peringkat ijazah atau diploma.
Katanya, pada masa yang sama, pihaknya akan bekerjasama dengan Centexs, ILP ataupun Akademi Binaan Malaysia untuk membolehkan anak-anak muda memperoleh sijil yang diiktiraf dan ditauliahkan.
Sementara itu, bagi calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Chieng Lea Phing, beliau memberikan tumpuan kepada isu kekurangan barangan asas, ketika ini.
Usahawan kedai emas itu malah berazam untuk membantu penduduk di sekitar Jepak meningkatkan pendapatan mereka jika beliau menang, selain memastikan rakyat di kawasan itu tidak kebulur.
“Rakyat (kini) menderita. Tidak ada duit nak beli beras. Jadi saya (berusaha) membantu sedaya mampu. Saya bagi mereka beras. Jika mereka perlukan bantuan, cari saya.
“Mereka (rakyat) cuma nak hidup. Kalau tidak ada makanan, kita akan mati, tidak ada duit nak beli pakaian. Tidak payah pakai baju pun boleh…. tetapi tidak ada makan… tidak dapat…betul? Jadi, saya hendak membantu rakyat! Sebab tu saya masuk bertanding…saya bagi beras,” ujarnya lagi.
Untuk membuktikan kata-katanya itu, Chieng kini aktif memberikan 1,000 kampit beras percuma kepada mereka yang memerlukan, dan ia boleh didapati di premis perniagaannya di tengah bandar Bintulu.
Selain Iskandar dan Chieng, seorang lagi calon yang bertanding untuk dalam PRK N67 Jepak ialah calon Parti Bumi Kenyalang, Stevenson Joseph Sumbang.
Terdapat 22,804 pemilih layak mengundi dalam PRK Jepak pada 4 November depan, dengan sekitar 6,500 daripada mereka merupakan pengundi berusia 18 hingga 29 tahun.
Rudi Affendi Khalik
Wed Oct 25 2023

Dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N67 Jepak menggariskan agenda berbeza ketika mengharungi kempen pilihan raya tersebut. - Foto Bernama

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.

Jepak Memilih: Agenda berbeza calon GPS dan Aspirasi
Dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N67 Jepak menggariskan agenda berbeza ketika mengharungi kempen pilihan raya tersebut.