BELURAN: Jentera pilihan raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah perlu kreatif dan berinovatif dalam berkempen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang di era COVID-19, kata Naib Presidennya Datuk Seri Ronald Kiandee.
Mengambil contoh pendekatan berkempen secara dalam talian pada Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini, beliau berkata pendekatan itu mungkin lebih mencabar bagi menjayakan pilihan raya umum (PRU) akan datang di Sabah dengan capaian Internet yang masih rendah terutamanya di kawasan pedalaman.
"Sekarang adalah amat penting (ketika PRU belum dipanggil) bagi jentera pilihan raya setiap parti untuk mendekati pengundi.
"Bersatu Bahagian Beluran kini ada 104 cawangan dan lebih 8,000 ahli yang boleh memanfaatkan masa sekarang untuk menyantuni rakyat, khususnya pengundi," katanya yang juga Ketua Bersatu Bahagian Beluran kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Beluran, di sini hari ini.
Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan, berkata meskipun Bersatu Beluran mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi, namun pendekatan kempen secara dalam talian juga perlu diselami dan diberi perhatian setiap jentera pilihan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021

Naib Presiden Bersatu yang juga Ketua Bahagian Bersatu Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Beluran di Dewan Serbaguna Beluran hari ini. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

PRN: Jentera PH tumpu sebar kejayaan kerajaan Selangor
Jentera PH akan memanfaatkan tempoh menjelang PRN untuk menyebarkan kepada pengundi di Selangor berkenaan kejayaan dicapai.

PRU15: Tiada keperluan bawa jentera luar - Asyraf Wajdi
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengakui terharu apabila ahli akar umbi parti itu menerimanya sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Gerik untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRU15: BN arah persiapan jentera di peringkat Parlimen dan DUN
Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini telah mengarahkan persiapan semua jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRU15: Pas arah jentera parti siap sedia, minta ahli terima semua ketetapan
Semua peringkat parti perlu menumpukan usaha memantapkan gerak kerja pilihan raya sebagaimana dirancang untuk dilaksanakan.

PRU15: Anwar umum Nurul Izzah ketuai jentera di Kedah, Pulau Pinang, Perlis
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengetuai jentera parti bagi Pulau Pinang, Kedah dah Perlis pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Jentera Bersatu Sabah perlu pendekatan baharu berkempen - Ronald Kiandee
Jentera pilihan raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah perlu kreatif dan berinovatif dalam berkempen bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang di era COVID-19.

PRN Melaka: SPR digesa teliti semula SOP, jangan keterlaluan - Mohamad Hasan
Menurut Mohamad Hasan, SOP yang dikenakan ketika ini memberi kesan kepada petugas jentera di lapangan.

PRN Melaka: 70 peratus kempen Pas melalui media sosial - Sanusi
Pas akan melaksanakan 70 peratus kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melalui media sosial, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Muhammad Sanusi Md Nor.

PRN Melaka: UMNO gerak jentera dari seluruh negara - Zahid
UMNO akan menggerakkan jentera seluruh negara bagi membantu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.

Bersatu Labuan bersiap sedia hadapi PRU15
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan menyiapkan jentera pilihan rayanya bagi memastikan parti itu bersedia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.