Masyarakat diminta tidak mempercayai serangan siber pihak tertentu yang mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hanya mempunyai kelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sahaja.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Lokman Noor Adam berkata Ahmad Bashah merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebarang tuduhan mengenai tahap pendidikan adalah cubaan pembunuhan karakter semata-mata.
"Seperti yang diungkapkan oleh Ahmad Bashah sebelum ini yang mengakui pendidikannya tidak setinggi Mukhriz Mahathir, namun beliau sedar dengan kekurangannya dari segi itu.
"Bagaimanapun, pengalaman selama ini dalam kepimpinan parti dan kerajaan adalah kelebihan yang ada untuk menjaga kebajikan dan untung nasib rakyat Kedah.
Menurut Lokman Noor, tahap kelulusan tinggi semata-mata tidak menggambarkan kemampuan seseorang pemimpin mentadbir sebuah negeri.
"Dalam politik, seorang yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) seperti bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid juga gagal mentadbir sebuah negeri dengan baik sehingga menjadi bahan jenaka dengan idea menanam padi atas bumbung.
"Bagi saya, sifat kebapaan yang dimiliki Ahmad Bashah berjaya menyatukan UMNO Kedah sehingga dapat merampas Kedah semula dari tangan PAS sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Lokman mengulas dakwaan beberapa pihak, terutama di laman sosial, yang menuduh Ahmad Bashah tidak layak menjadi Menteri Besar Kedah kerana taraf pendidikannya sekadar SRP.
Dalam pada itu, kata Lokman, pengumuman PM untuk melantik Mukhriz sebagai Menteri Besar sedikit sebanyak telah memberikan lonjakan tambahan sokongan bagi Barisan Nasional (BN) Kedah.
"Namun tanpa gerak kerja tersusun BN di bawah Ahmad Bashah yang cukup berpengalaman, mustahil untuk BN merampas kembali Kedah.
"Tiada satu parti dalam dunia ini yang boleh menang pilihan raya hanya dengan membuat satu pengumuman tanpa melakukan apa-apa gerak kerja.
"Pengalaman ini yang wajar digunakan oleh UMNO Kedah sekarang bagi menghadapi PRU ke-14. Semua gerak kerja penerangan dan usaha mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap BN perlu dimulakan semula seberapa segera.
"Berilah peluang kepada Ahmad Bashah untuk membuktikan kemampuannya mentadbir negeri Kedah walaupun dengan kekurangan latar belakang pendidikan," ujarnya.
Ahmad Bashah merupakan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah dan ADUN Bakar Bata selama lima penggal sejak 1995.
Pada PRU ke-13 lalu, Ahmad Bashah menang dengan majoriti 895 undi mengatasi calon PKR Mohd Eekmal Ahmad dan calon Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) Jawahae Raja Abdul Wahid.
Pada Rabu, Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.
Mukhriz berkata dia dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.
Wan Syamsul Amly
Wed Feb 03 2016
!['Jangan tuduh Ahmad Bashah ada SRP sahaja' - Lokman Adam 'Jangan tuduh Ahmad Bashah ada SRP sahaja' - Lokman Adam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71454496039_LokmanAdam.jpg)
LOKMAN NOOR: Jangan tuduh Ahmad Bashah ada SRP sahaja. -Gambar fail
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
Denda terhadap syarikat ADSSB lewat bekal Black Hawk
Adly berkata, pihak ADSSB juga turut telah memohon tuntutan lanjutan masa kedua kepada pihak kementerian.
Faisal Halim berduka pemergian Kim Pan-gon
Pemain kebangsaan, Faisal Halim, meluahkan rasa kekecewaan menerusi laman Instagramnya ekoran pengumuman mengejut Kim Pan-gon meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan serta-merta.
Sebelum ini, jurulatih berusia 55 tahun itu meluangkan masa melawat tonggak Selangor itu ketika dimasukkan ke hospital akibat terkena simbahan asid di sebuah pusat beli belah di Lembah Klang.
Sebelum ini, jurulatih berusia 55 tahun itu meluangkan masa melawat tonggak Selangor itu ketika dimasukkan ke hospital akibat terkena simbahan asid di sebuah pusat beli belah di Lembah Klang.
![BN Kedah tampil lima calon wanita pada PRU14 BN Kedah tampil lima calon wanita pada PRU14](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81524554089_Pengerusi.jpg)
BN Kedah tampil lima calon wanita pada PRU14
Barisan Nasional (BN) Kedah menampilkan lima calon wanita untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
![Pemain Kedah beri keterangan berhubung rasuah Pemain Kedah beri keterangan berhubung rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508487544_950x600.jpg)
Pemain Kedah beri keterangan berhubung rasuah
Beberapa pemain pasukan Kedah dipanggil SPRM baru-baru ini berhubung dakwaan rasuah, menjual permainan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, bertemu JDT di Stadium Shah Alam pada 4 Nov lalu.
![Kedah akan pertahan Langkawi sebagai pulau bebas cukai - Ahmad Bashah Kedah akan pertahan Langkawi sebagai pulau bebas cukai - Ahmad Bashah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81488382898_950x600.jpg)
Kedah akan pertahan Langkawi sebagai pulau bebas cukai - Ahmad Bashah
Banyak lagi perancangan termasuk pembangunan infrastruktur yang ingin diwujudkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
![Kedah bakal wujudkan kawasan bebas cukai baharu - Ahmad Bashah Kedah bakal wujudkan kawasan bebas cukai baharu - Ahmad Bashah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81472890349_DataranLang.jpg)
Kedah bakal wujudkan kawasan bebas cukai baharu - Ahmad Bashah
Selain Pulau Langkawi, Kedah bakal mempunyai satu lagi kawasan bebas cukai tidak lama lagi.
![Pelantikan Exco Kedah: Ahmad Bashah tangkis spekulasi, kekalkan pentadbiran Pelantikan Exco Kedah: Ahmad Bashah tangkis spekulasi, kekalkan pentadbiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61456111487_AhmadBashah.jpg)
Pelantikan Exco Kedah: Ahmad Bashah tangkis spekulasi, kekalkan pentadbiran
Pelantikan tersebut sekaligus menangkis dakwaan kononnya Ahmad Bashah akan menggugurkan ketiga-tiga Exco tersebut dalam kepimpinannya.
!['Jangan tuduh Ahmad Bashah ada SRP sahaja' - Lokman Adam 'Jangan tuduh Ahmad Bashah ada SRP sahaja' - Lokman Adam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/71454496039_LokmanAdam.jpg)
'Jangan tuduh Ahmad Bashah ada SRP sahaja' - Lokman Adam
Masyarakat diminta tidak mempercayai serangan siber pihak tertentu yang mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hanya mempunyai kelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) sahaja.
![Siapa Ahmad Bashah, Menteri Besar Kedah baharu yang menggantikan Mukhriz Mahathir? Siapa Ahmad Bashah, Menteri Besar Kedah baharu yang menggantikan Mukhriz Mahathir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41454475472_Bashah.jpg)
Siapa Ahmad Bashah, Menteri Besar Kedah baharu yang menggantikan Mukhriz Mahathir?
Ahmad Bashah merupakan Timbalan Pengerusi Umno Kedah dan Adun Bakar Bata untuk lima penggal sejak 1995.