Anggota Dewan Undangan Negeri Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya tidak mahu luahan kemarahan di akaun Facebook beliau pada Sabtu lalu mengenai cadangan pembinaan Jambatan Batang Igan disalah tafsir.
Dalam status yang dimuat naik pada hari ini bekas mufti Perlis itu berkata, ia adalah untuk menyampaikan hasrat rakyat akar umbi dan tidak harus dilihat secara negatif.
"Saya wakil rakyat Barisan Nasional. Semua permasalahan rakyat perlu saya sampaikan kepada kerajaan," katanya ketika dihubungi Bernama mengenai perkara tersebut.
Juanda berkata, beliau bukannya menentang kerajaan malahan berkeyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional jauh lebih mampu membawa pembangunan kepada rakyat di Sarawak.
Dalam status tersebut beliau berterima kasih kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof kerana telah memberi penjelasan mengenai projek tersebut dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin.
"Diharap penduduk Kampung Igan dan penduduk kawasan DUN Jemoreng dan DUN Daro yang akan menjadi pengguna utama Jambatan Batang Igan memahami proses yang sedang berjalan," katanya sambil menyifatkan anggapan sesetengah penduduk bahawa projek itu telah diluluskan bajetnya sejak lebih 10 tahun yang lalu adalah tidak benar.
Fadillah dalam kenyataannya berkata, projek Jambatan Batang Igan diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE) pada 23 Februari lalu.
Satu Makmal Pengurusan Nilai anjuran UPE telah diadakan pada 18 – 21 Julai lalu di Kuching di mana ia telah memutuskan bahawa tapak jambatan dipindahkan daripada tapak asal ke tapak berhampiran jeti feri Kampung Igan atas permintaan penduduk setempat.
Keputusan tersebut melewatkan pelaksanaan projek kerana kerja-kerja awalan seperti ukur tanah dan ukur hidrografik, penyiasatan tanah dan reka bentuk struktur jambatan perlu dibuat semula.
Pembinaan jambatan sepanjang 1,800 meter yang bernilai RM300 juta itu tidak dapat bermula pada awal tahun depan tetapi pada awal 2018 bagi membolehkan kerja-kerja awalan di tapak baru dilaksanakan.
Bernama
Tue Oct 04 2016
JUANDA: Semua permasalahan rakyat perlu saya sampaikan kepada kerajaan. - Gambar fail Astro AWANI
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Jangan salah tafsir luahan di FB, itu untuk sampaikan hasrat rakyat - Juanda
Datuk Dr Juanda Jaya tidak mahu luahan kemarahan di akaun Facebook beliau pada Sabtu lalu mengenai cadangan pembinaan Jambatan Batang Igan disalah tafsir.