Ahli Dewan Negara, Senator Bob Manolan Mohamad hari ini memohon maaf berhubung kenyataan yang mencadangkan agar kerajaan pusat tidak membayar gaji tok batin yang tidak menyokong dasar Pakatan Harapan (PH).
Dalam satu kenyataan hari ini, senator PKR itu menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan atau menggugut tok batin.
“Tiada sedikit pun niat di hati saya untuk menyinggung perasaan mereka jauh sekali untuk menimbulkan ugutan.
“Saya mempertahankan institusi tok batin sejak dulu lagi malah membela nasib mereka yang pernah dipecat oleh kerajaan yang terdahulu,” ujarnya dalam kenyataan tersebut hari ini.
BACA: Malaysia baharu perlu bebas politik ugutan, paksaan - Syed Saddiq
BACA: PH tidak setuju tindakan ugut Tok Batin - Dr Wan Azizah
BACA: Manogaran enggan dikaitkan dengan isu ugut Tok Batin
Bob Manolan turut menyatakan bahawa beliau menyedari kenyataan yang dibuat bukan sahaya mengguris perasaan tok batin tetapi ia juga tidak disenangi oleh pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan.
“Saya menyedari bahawa kenyataan saya tersebut bukan sahaja mengguris perasaan tok-tok batin tetapi juga tidak disenangi oleh pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan kerana prinsip Kerajaan Pakatan Harapan yang mempertahankan amalan demokrasi,” katanya.
Beliau mengakui bahawa kenyataan yang dibuatnya dalam program di Pos Betau, Cameron Highlands pada 11 Jan lalu agak keterlaluan dan boleh dikelirukan sebagai satu ugutan.
“Saya mengakuinya sebagai satu ucapan yang agak keterlaluan kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan boleh dianggap sebagai satu ugutan.
“Sehubungan itu, saya dengan ini melahirkan rasa kesal di atas ketelanjuran kata yang boleh ditafsirkan sebagai satu ugutan kepada tok-tok batin,” katanya.
Menurut Manolan, jika diteliti ucapan beliau di Cameron Highlands, beliau banyak menjelaskan kepentingan peranan tok batin menjalankan semua dasar kerajaan sekarang.
Tambahnya, kenyataan yang dipertikai hanya merujuk kepada tok batin yang mempunyai jawatan dalam UMNO.
“Jika diteliti sepanjang ucapan saya itu, saya lebih banyak menjelaskan betapa pentingnya peranan tok-tok batin menjalankan semua dasar kerajaan sekarang yang begitu komited untuk memperjuangkan nasib mereka.
"Bagaimana mungkin dasar kerajaan yang mahu membela nasib masyarakat Orang Asli dapat dilakukan oleh kerajaan sekiranya tok batin yang dilantik itu terdiri dari Ketua-Ketua Cawangan UMNO yang secara jelas adalah parti yang menentang kerajaan dan mereka akan sentiasa bekerja untuk parti UMNO sebagai sebuah parti pembangkang.
"Peraturan ini juga terpakai kepada semua pegawai kerajaan dan ketua-ketua jabatan kerajaan di mana seharusnya tiada sikap ‘kepartian’ di dalam diri mereka sewaktu memegang jawatan yang diamanahkan kepada mereka,” tambahnya.
Astro Awani
Mon Jan 14 2019
![Isu 'ugut Tok Batin': Bob Manolan mohon maaf Isu 'ugut Tok Batin': Bob Manolan mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547469477_Bob.jpg)
Ahli Dewan Negara Bob Manolan Mohamad hari ini memohon maaf berhubung kenyataan yang mencadangkan agar kerajaan pusat tidak membayar gaji tok batin yang tidak menyokong dasar Pakatan Harapan (PH).
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan SDR
Bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Nidza Afham Mokhtar tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
![Isu 'ugut Tok Batin': Bob Manolan mohon maaf Isu 'ugut Tok Batin': Bob Manolan mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547469477_Bob.jpg)
Isu 'ugut Tok Batin': Bob Manolan mohon maaf
Ahli Dewan Negara Bob Manolan Mohamad hari ini memohon maaf berhubung kenyataan yang mencadangkan agar kerajaan pusat tidak membayar gaji tok batin yang tidak menyokong dasar Pakatan Harapan (PH).
![Manogaran enggan dikaitkan dengan isu ugut Tok Batin Manogaran enggan dikaitkan dengan isu ugut Tok Batin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547267353_CameronHighlands.jpg)
Manogaran enggan dikaitkan dengan isu ugut Tok Batin
Menurut Manogaran, dari parti DAP, beliau tidak menjangkakan kenyataan sedemikian akan dibuat oleh ahli politik PKR itu.