Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak setuju dengan pengharaman badan bukan kerajaan (NGO), Sisters in Islam (SIS) dilihat langkah pemimpin itu membenarkan penyelewengan ajaran Islam di negara ini.
Penasihat Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, Anwar juga dilihat terlampau 'terbuka' dan harus memberikan langkah sama terhadap semua pertubuhan seumpama itu jika ada isu sama berlaku.
"Kenapa dia (Anwar) tidak mahu merujuk Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam, Yusof al-Qaradawi di dalam isu SIS ini? Nampaknya dia betul-betul mahu mempertahankan SIS. Apa dia juga liberal seperti SIS?
"Sekiranya SIS ini tidak ada isu, mengapa ia diharamkan? Adakah selepas ini Majlis Fatwa tidak boleh kata mana-mana gerakan songsang jika terbukti kerana perlu mengamalkan keterbukaan?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr. Fathul mengulas kenyataan Anwar di dalam sebuah portal yang tidak bersetuju SIS diharamkan.
Anwar turut menggesa perbincangan dan forum diadakan selain menggesa rakyat untuk turut tidak bersetuju dengan pengharaman berkenaan.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada Julai mengharamkan SIS kerana mempromosikan liberalisme agama dan pluralisme yang bercanggah dengan Islam.
SIS turut diharamkan kerana berpegang kepada fahaman agama sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Yusof sebelum ini mengeluarkan kenyataan Anwar tidak patut dituduh tanpa asas di dalam isu mahkamah yang dihadapi Anwar kini.
Dalam pada itu jelas Dr. Fathul, apa yang dihadapi SIS adalah akibat tindak tanduk mereka sebelum ini.
Tambahnya, sesuatu fatwa tidak akan dikeluarkan melainkan ada isu berbangkit.
"Walaupun saya menyokong supaya diadakan forum antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan SIS berasaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh SIS, namun saya brpendapat, fatwa yang dikeluarkan MAIS adalah adil.
"Ini kerana, pergerakan SIS bukan bermula hari ini. Bahkan mereka telah popular dengan pandangan-pandangan berasaskan logika yang mengakibatkan mereka dilihat terjerumus dalam fahaman liberal.
"Pandangan-pandangan songsang mereka dalam isu aurat, mengakibatkan golongan agamawan," katanya.
"Mereka tidak boleh menyalahkan agamawan kerana pandangan negatif ke atas mereka. Apabila berani buat, maka kena berani juga terima hasilnya," katanya.
Sebelum ini, Dr. Fathul mengecam Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari yang mendakwa tindakan MAIS mengharamkan SIS dianggap sesat dan satu langkah keterbelakang.
Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan membawa kepimpinan SIS berjumpa mufti negeri itu dalam tempoh terdekat untuk berbincang isu pengharamannya baru-baru ini.
Jelasnya, pihak kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan SIS dengan Mufti Selangor untuk menyelesaikan sebarang kemelut yang berbangkit.
"Saya akan bawa SIS berjumpa mufti. Saya hormat keputusan MAIS ... tetapi hormat tidak bermaksud setuju," katanya.
Minggu lalu, SIS memfailkan semakan kehakiman dan menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor kerana menuduh mereka mempromosikan liberalisme agama dan pluralisme yang yang bercanggah dengan Islam.
Wan Syamsul Amly
Tue Nov 04 2014
Penasihat Ilmu itu menegaskan Anwar juga dilihat terlampau 'terbuka' dan harus memberikan langkah sama terhadap semua pertubuhan seumpama itu jika ada isu sama berlaku. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Isu SIS: Kenapa Anwar tidak mahu rujuk Yusof al-Qaradawi? - Dr. Fathul
Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak setuju dengan pengharaman badan bukan kerajaan, 'Sisters in Islam' dilihat langkah pemimpin itu membenarkan penyelewengan ajaran Islam.