Tindakan kerajaan negeri Sarawak menyekat kemasukan individu tertentu ke negeri ini demi keselamatan negeri, perlu dihormati.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata arahan sekatan itu bukan perkara baharu dan pernah dibuat sebelum ini demi kepentingan keselamatan Sarawak.
"Isu ini (autonomi) sepatutnya dihormati semua pihak," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Ikan Miri serta beberapa premis perniagaan di sini hari ini.
Turut serta calon Barisan Nasional (BN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.
BACA: Larangan akses ke Sarawak, PKR akui kempen terbantut
BACA: Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki Sarawak
BACA: Saya tidak akan 'merayu' untuk terus berada di Sarawak - Azmin
Salleh berkata isu itu tidak patut dijadikan modal pembangkang untuk berkempen kerana hak imigresen sudah lama termaktub di bawah kuasa Sarawak dan Sabah.
"Mereka (pembangkang) harus menerima hakikat dalam Perjanjian Malaysia 1963 Sarawak dan Sabah mempunyai kuasa termasuk hak imigresen," katanya.
Beliau berkata individu yang terlibat turut diberi ruang untuk membuat rayuan.
Salleh yakin parti pembangkang tidak mengalami sebarang masalah berkempen dengan sekatan terhadap individu tertentu kerana kempen parti-parti yang bertanding dilihat berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden.
Mengenai tinjauan mesra itu, beliau berkata, maklum balas yang diterima adalah positif terhadap calon BN yang bertanding.
Dalam pilihan raya Sabtu ini, Ting yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menentang Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling Sie Kiong, yang merupakan penyandang kerusi itu.
Bernama
Mon May 02 2016

SALLEH: "Isu ini (autonomi) sepatutnya dihormati semua pihak."
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

PRN Sarawak: Peratusan keluar mengundi dijangka rendah - Penganalisis
Dr Ammar Redza menjelaskan peratusan keluar mengundi boleh berubah bergantung kepada peranan pihak berkuasa, parti-parti dan pemain-pemain politik memberi keyakinan kepada pengundi.

DUN Sarawak: Status ADUN kekal
Susulan lanjutan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, wakil rakyat akan kekal sebagai ahli sehingga ia dibubarkan.

PN sebulat suara setuju bantu GPS hadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak
Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat MT yang turut dihadiri beberapa ketua-ketua parti komponen.

PRN Sarawak: Boleh adakan jika darurat ditamatkan awal - Arnold Puyok
Sarawak masih boleh melaksanakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 sekiranya pengisytiharan darurat ditamatkan lebih awal.

PRU dan PRN serentak? Cadangan yang baik - Abdul Karim
Penganjuran pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak secara serentak akan mampu menjimatkan kos.

Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim
Mengadakan pilihan raya ketika kes COVID-19 masih meningkat hanya akan membahayakan nyawa rakyat Sarawak

"Siapa ganti Abdul Wahab? Pilihan raya masih jauh." - Abang Jo
Siapa bakal menggantikan Datuk Abdul Wahab Aziz bagi mewakili PBB di DUN Kalaka belum diputuskan.

PH Sarawak rangka strategi awal hadapi PRN
Pakatan Harapan Sarawak mengatur formula khas dan menurunkan kesemua calon di 82 kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Kemenangan besar BN Sarawak tanda kepercayaan rakyat masih utuh - Abdul Taib
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri ke-11 yang lalu membuktikan kepercayaan rakyat kepada BN Sarawak masih utuh.

Barisan Kabinet negeri Sarawak dijangka diketahui hari ini
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dijangka mengumumkan barisan Kabinet itu di bangunan Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya di sini pada kira-kira 3 petang.