ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan isu berkaitan pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan kecelaruan yang berlaku membabitkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu, beliau turut menzahirkan rasa kasihan terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) berhubung isu ini memandangkan parti itu dilihat seperti dibuli sehingga perlu membuat permohonan maaf.
Namun, perkara sama tidak berlaku terhadap parti DAP meskipun menzahirkan pendirian yang sama sekali gus membuktikan parti berkenaan merupakan 'abang besar' dalam kerjasama antara BN dan PH.
"(Isu membabitkan pengampunan itu sudah) menampakkan celaru (dalam gabungan mereka), PAN (Amanah) minta ampun kepada UMNO (tidak sampai sehari).
"UMNO (sebelum ini melalui MKT) minta ampun bagi pihak Datuk Seri Najib, (tetapi) PAN (Amanah) tidak setuju, UMNO marah (kepada) PAN (Amanah), (dan kemudian) PAN (Amanah) minta maaf kepada UMNO.
"(Tetapi) DAP (pun) kata tidak setuju, tetapi UMNO tidak kata apa-apa dekat DAP, nampak (sangat) celaru itu, (kalau libatkan) DAP, tidak (ada mana-mana pihak) berani kata apa-apa, PAN (Amanah) mereka buli seperti itu, saya kasihan kepada PAN (Amanah) kerana tidak sampai sehari (buat kenyataan kena) minta maaf," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah, di Wisma Darul Aman pada Rabu.
Pada Ahad, Amanah menzahirkan permohonan maaf susulan kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad, mengenai isu pengampunan diraja terhadap Najib.
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu terbabit.
Sebelum ini, Khalid dilapor mengeluarkan kenyataan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menolak permohonan pengampunan terhadap Najib.
Beliau dalam satu kenyataan lain kemudian berkata, UMNO perlu menghormati pendirian Amanah berhubung isu pengampunan Najib.
Semalam, bekas Ahli Parlimen DAP Bangi, Ong Kian Ming memberi peringatan agar batasan yang ada dalam jalinan kerjasama antara PH dan BN tidak boleh dilanggar kerajaan.
Antaranya adalah termasuk pembebasan bekas perdana menteri, Najib Razak sebelum hukuman penjaranya tamat.
Abd Hadi Che Awang
Wed May 03 2023
![Isu pengampunan Najib: Kasihan Amanah, bukti 'abang besar' adalah DAP - Sanusi Isu pengampunan Najib: Kasihan Amanah, bukti 'abang besar' adalah DAP - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683099466_TBSANUSIKEDAH.jpg)
Sanusi menzahirkan rasa kasihan terhadap Amanah berhubung isu pengampunan Najib memandangkan parti itu dilihat seperti dibuli sehingga perlu membuat permohonan maaf. - Fail/Astro AWANI
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
!['Jaga mulut kamu Fahmi, jangan celupar!' - Razali Idris 'Jaga mulut kamu Fahmi, jangan celupar!' - Razali Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707637998_TBFAHMIRAZALI.jpg)
'Jaga mulut kamu Fahmi, jangan celupar!' - Razali Idris
Razali menempelak tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang didakwa menuduh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebarkan berita palsu.
![Pengampunan Najib: 222 Ahli Parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat - #RasuahBusters Pengampunan Najib: 222 Ahli Parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat - #RasuahBusters](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702625390_NajibTunRazak.jpg)
Pengampunan Najib: 222 Ahli Parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat - #RasuahBusters
Pengampunan separa dan pengurangan denda terhadap hukuman Datuk Seri Najib Razak mengundang keresahan rakyat dan menghantar isyarat salah kepada dunia.
![Kertas siasatan Tony Pua siap dalam tempoh terdekat - KPN Kertas siasatan Tony Pua siap dalam tempoh terdekat - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707284226_TBTANSRIRAZARUDI.jpg)
Kertas siasatan Tony Pua siap dalam tempoh terdekat - KPN
Kertas siasatan berhubung kenyataan Tony Pua didakwa menghina institusi diraja berkaitan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka siap dalam tempoh terdekat.
![Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700129191_TBDATUKSERIDRZ.jpg)
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71667203052_TBCalonMUDA.jpg)
MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan
Kerajaan Madani digesa supaya menyemak semula dan mengemas kini akta hasutan susulan Tony Pua dipanggil untuk direkod keterangan.
![Tiada gerakan guling Ahmad Zahid di Pulau Pinang Tiada gerakan guling Ahmad Zahid di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667300633_DatukMusaSheikhFa.jpg)
Tiada gerakan guling Ahmad Zahid di Pulau Pinang
UMNO Pulau Pinang menafikan ada kalangan ketua bahagian di negeri ini terlibat dalam usaha untuk menggulingkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
!['Daddy pesan akan kembali bersama' - Nooryana Najwa 'Daddy pesan akan kembali bersama' - Nooryana Najwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707006706_nooryananajwa.jpg)
'Daddy pesan akan kembali bersama' - Nooryana Najwa
Yana nampak Najib memegang surat berkenaan keputusan Lembaga Pengampunan sewaktu melawat bapanya di Penjara Kajang.
![Najib berhak mohon pengampunan, biarpun kes lain masih berjalan - Pakar Perlembagaan Najib berhak mohon pengampunan, biarpun kes lain masih berjalan - Pakar Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668602288_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib berhak mohon pengampunan, biarpun kes lain masih berjalan - Pakar Perlembagaan
Peraturan penjara membenarkan permohonan dibuat oleh mana-mana pesalah atau banduan, tanpa mengira status individu tersebut.
![Hukuman Najib turun kepada 6 tahun, denda RM50 juta Hukuman Najib turun kepada 6 tahun, denda RM50 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706607745_TBNajibjpg.jpg)
Hukuman Najib turun kepada 6 tahun, denda RM50 juta
Hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
!['Kabinet dimaklumkan isu pengampunan Najib' - Saifuddin 'Kabinet dimaklumkan isu pengampunan Najib' - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706700260_TBSaifuddinNasution.jpg)
'Kabinet dimaklumkan isu pengampunan Najib' - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa Kabinet ada dimaklumkan sepintas lalu mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.