KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul boleh mengambil 'keputusan berani' untuk mengisytiharkan kekosongan enam kerusi yang disandang oleh wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tanpa perlu menunggu sehingga 21 hari.
Menurut bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah hanya mengambil masa lebih kurang enam hari untuk mengumumkan kekosongan kerusi Nenggiri yang disandang oleh Mohd Azizi Abu Naim.
Selain itu, beliau berpandangan ia adalah masa terbaik untuk UMNO membuktikan bahawa parti Melayu itu masih mendapat sokongan pengundi Melayu dengan bertanding di enam kerusi Parlimen berkenaan.
"UMNO sedang memasuki 'era pemulihan' dengan sokongan politik DAP dan PKR. Saya yakin UMNO memiliki 'kelebihan dan kekuatan' untuk berdepan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).
"Melihat kepada keberadaan UMNO hari ini, maka rasanya tidak perlulah cemas dan menunggu sehingga tempoh 21 hari untuk dikosongkan enam kerusi Parlimen tersebut bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan," katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, Johari mengesahkan telah menerima notis daripada Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen daripada parti berkenaan.
Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRK di DUN Nenggiri diadakan pada 17 Ogos depan.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata UMNO dilihat sudah bersedia dan Pakatan Harapan (PH) perlu memberikan ruang kepada UMNO meletakkan calonnya bertanding di enam kerusi Parlimen berkenaan.
Katanya, Kerajaan Perpaduan yang turut ditunjangi UMNO tentunya tidak berasa gerun jika enam kerusi Parlimen berkenaan diadakan PRK secara serentak.
"Ini kerana jika ditakdirkan enam kerusi Parlimen itu dimenangi semula oleh PN, ia tidak memberi kesan kepada Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Malah, akan kekal stabil kerana masih mempunyai kelebihan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat," tambah beliau.
Beliau dalam masa sama turut mengulas kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa 11 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sedia ada akan menukar sokongan mereka kepada PN, jika enam kerusi berkenaan tidak dikosongkan oleh Speaker Dewan Rakyat.
Syed Ali menyifatkan kenyataan dibuat bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sebagai dakwaan dan teori politiknya untuk menguji setakat mana kental dan konsistennya pemimpin UMNO.
"UMNO pada hemat saya tidak perlu membuang masa melayan dakwaan Annuar, sebaliknya berusaha untuk kembali kuat, digeruni musuh dan memulihkan semula sokongan orang Melayu," ujar beliau lagi.
Hasimi Muhamad
Sun Jun 30 2024
Syed Ali berkata UMNO dilihat sudah bersedia dan PH perlu memberikan ruang kepada UMNO meletakkan calonnya bertanding di enam kerusi Parlimen berkenaan - Foto/Fail
AWANI Ringkas: Hannah diarah bayar kos mahkamah RM40,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut
Kesemua 10 orang di dalam sebuah pesawat kecil terbunuh apabila pesawat itu terhempas di bandar Gramado, selatan Brazil.
Prospek Pelaburan 2025: Lebih Cabaran & Peluang
Memasuki tahun 2025 tidak lama lagi, ekonomi global dilihat berada di persimpangan, dengan ketegangan geopolitik, cabaran struktur di China dan dasar perdagangan AS, menambah ketidaktentuan pasaran. Ulasan bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Sorotan 2024: Melonjak ekonomi, melimpah kemakmuran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 bagi melimpahkan kemakmuran yang berpanjangan kepada rakyat dan negara.
Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu ini
Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami pergerakan harga tidak menentu minggu ini berikutan minggu dagangan yang singkat.
Prestasi FBM KLCI: Diunjur tidak berubah minggu ini berikutan musim perayaan
Dari segi teknikal, prospek jangka pendek FBM KLCI kekal berhati-hati, mencerminkan momentum perlahan dan isyarat pemulihan yang lemah manakala pemulihan jangka sederhana memerlukan pergerakan harga yang mantap, melebihi purata pergerakan eksponen 50 hari (EMA).
Musa Hassan akan terus bercakap, pertahankan negara dari ancaman - Peguam
Musa mengucapkan syukur atas keputusan mahkamah dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau.
Laporan DNA, bedah siasat pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah diperoleh
Mahkamah menetapkan 23 Januari depan sebagai sebutan semula kes pembunuhan kejam seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi pada Disember tahun lalu.
AWANI Ringkas: Inisiatif koc wanita diperluas bermula 31 Disember
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 maut selepas pesawat terhempas di Brazil
Sepuluh maut apabila sebuah pesawat terhempas di Gramado, Brazil pada Ahad.
Nahas turut menyebabkan 17 penduduk awam cedera dengan 12 yang lain dikejarkan ke hospital termasuk dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Nahas turut menyebabkan 17 penduduk awam cedera dengan 12 yang lain dikejarkan ke hospital termasuk dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Pelbagai perencanaan strategik lonjakkan ekonomi sepanjang 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
Petronas syarikat nasional, bukan Semenanjung - PM Anwar
Anwar berkata adalah penting untuk Petronas diiktiraf sebagai sebuah badan nasional dan semua obligasi kontraknya dihormati tanpa sebarang kompromi.
Anwar yakin menang jika PRU diadakan lebih awal
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajui beliau mempunyai kelebihan untuk menang jika pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam tempoh terdekat.
Kemiskinan tegar: Hentikan naratif pemprofilan perkauman - PM Anwar
Beliau berkata dasar kerajaan adalah jelas, iaitu memberi bantuan tanpa sebarang diskriminasi kaum dalam usaha menangani kemiskinan tegar.