KUALA KANGSAR:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan setiap mereka yang diberi kuasa untuk tidak leka dalam menjalankan amanah.
Titah baginda, mereka yang diberi kuasa perlulah cekal menegakkan yang makruf dan tegas menentang yang mungkar.
“Kekuatannya, perlindungan ke atas dirinya dan benteng ketahanan kepada dirinya datang daripada Ilahi.
“Dia tidak perlu menawarkan sogokan atau imbuhan untuk mendapat sokongan yang belum terjamin berkembar dengan kesetiaan; begitu juga, dia tidak perlu melakukan ugutan atau ancaman untuk membina kekuatan diri, kerana kekuatan yang diperoleh secara demikian, teramat rapuh sifatnya,” titah baginda.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: Saarani MB baharu Perak
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak Ke-14, Datuk Saarani Mohamad di Istana Iskandariah, di sini hari ini.
Titah Sultan Nazrin, sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa.
“Betapa kata tidak lagi dikota, atau kata akan bertukar nada – berlainan irama, bersedia mengatakan yang hitam itu putih, dan yang putih itu hitam.
“Watak sebenar insan akan terpamer, apabila seseorang telah memiliki kekayaan dan harta, lalu lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diri, di sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak.
“Perubahan sifat dan pertukaran watak lebih cepat berlaku apabila seseorang insan mula dikelilingi oleh orang-orang tamak yang berkepentingan sendiri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat, lalu menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin,” titah baginda.
Justeru, Sultan Nazrin mengingatkan para pemimpin bahawa semakin tinggi kedudukan seseorang insan, semakin jauh pandangannya dari bumi tempat kakinya pernah berpijak.
“Jangan sama sekali membenarkan diri leka, terawang- awang dalam awan biru khayalan hingga lupa rumput hijau yang ditinggalkan mungkin telah berubah perang, gersang kerana terlalu lama, tidak lagi disirami hujan,” titah baginda.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Dec 10 2020

Sultan Nazrin mengingatkan para pemimpin bahawa semakin tinggi kedudukan seseorang insan, semakin jauh pandangannya dari bumi tempat kakinya pernah berpijak. - Foto Jabatan Penerangan
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

KUASA tonjol kelainan, bongkar sisi gelap penerbitan filem
Drama siri premium ini merupakan hasil kerjasama dua penerbit filem blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions.

'Saya jadi ibu 'happening' dan 'classy'!' - Ning Baizura tak kisah bawa watak ibu dalam KUASA
Sudah tiba masanya untuk dia melangkah ke satu tahap karakter yang lebih matang dan memberi laluan kepada pelakon muda lain.

'Sepatutnya saya berlakon dalam cerita ini tapi...' - KUASA kisah keluarga Yusof Haslam?
Yusof Haslam menegaskan ia hanya kebetulan dan rekaan sahaja kerana idea asalnya datang dari anak perempuan beliau Syamin Yusof.

KUASA: Taruhan terbaharu dua penerbit filem blockbusters
KUASA ialah kisah kehidupan keluarga penerbit terkemuka yang hidup dalam kemegahan, bersama tiga anak yang bakal mewarisi legasinya.

COVID-19 permulaan pada krisis lebih besar iaitu...
COVID-19 hanya sebahagian kecil daripada krisis yang lebih besar iaitu krisis iklim.

Isu hutan simpan: Ngeh, KUASA ditempelak kongsi fakta separuh masak
Datuk Saarani Mohamad berkata, kedua-dua pihak seharusnya melakukan kajian dengan lebih adil serta terperinci terlebih dahulu sebelum membuka mulut dan melemparkan tuduhan tidak berasas.