BERBEZA dengan drama yang mengetengahkan cerita mengenai perniagaan korporat biasa, drama Astro Originals, KUASA menonjolkan kelainannya dengan mendedahkan kisah selok belok penerbitan filem.
Siri premium yang mempunyai 10 episod ini buat pertama kali mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.
Bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu 11 April ini, KUASA membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.
#1 Gabungan 2 Penerbit Blockbuster
Menariknya, drama siri premium ini merupakan hasil kerjasama dua penerbit filem blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions.
Kedua-dua penerbit ini acap kali bergabung dalam menghasilkan filem pecah panggung antaranya, Abang Long Fadil 2, KL Special Force, Misteri Dilaila.
Tidak hanya mendominasi pentas layar perak, keduanya turut meneroka platform Astro First dengan menerbitkan Penunggang Agama 1 & 2; dan bagi terus memperluaskan kuasa bersama, kini mempelopori drama siri premium.
#2 Kisah Penerbitan Filem Mirip Keluarga Datuk Yusof Haslam?
KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya.
Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.
Melihat dari segi latar belakang cerita ini ia seakan-akan sama seperti keluarga penerbit Skop Productions iaitu Datuk Yusof Haslam.
Persamaannya bila bapa dan tiga orang anaknya terlibat dalam bidang seni dan perfileman. Malah anak-anaknya juga terdiri daripada dua orang lelaki dan seorang perempuan.
Malah, Yusof Haslam sendiri dalam kenyataan sebelum ini akui ada persamaan apabila ditonton sekali imbas. Namun menafikan ia berkisarkan kehidupan keluarganya sepenuhnya.
#3 Pelakon Tonjol Kelainan
Dalam KUASA, penonton bakal lihat setiap pelakon akan menonjol dengan karekter mereka masing-masing.
Antaranya, Nazim Othman yang memberi kelainan dalam lakonannya kali ini apabila watak antagonis yang dibawa lebih hebat dalam dimensi berbeza.
Sementara itu, penonton juga dapat lihat setelah sekian lamanya, Ning Baizura muncul di kaca televisyen memeriahkan lagi industri hiburan.
Meskipun membawa watak sebagai ibu, namun Ning tidak kalah menonjolkan dirinya dalam cara tersendiri.
Pelakon-pelakon lain juga tidak kurang hebatnya, masing-masing mengambil peluang beraksi dalam drama bersiri premium ini.
Tidak cukup dengan itu, bakal ada kejutan apabila seorang artis terkenal tanah air bakal muncul memperhebatkan drama ini.
#4 Setiap Episod Buat Tak Senang Duduk!
Drama ini sememangnya dekat dengan penonton kerana ia mengisahkan mengenai kekeluargaan dalam salah satu babaknya pasti akan ada persamaan dalam keluarga anda.
Cuma kisahnya lebih focus kepada sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.
Meskipun hanya ada 10 episod, tetapi penonton pasti tak senang duduk untuk menantikan episod seterusnya setiap minggu.
Ini kerana setiap episod wataknya akan berubah-ubah sehingga penonton sukar untuk menjangkakan siapa sebenarnya dalang di antara mereka.
#5 Siapa Gila KUASA?
KUASA mengisahkan tentang seorang yang amat dikenali di dalam industri hiburan, Tan Sri Dhameer.
Selama 35 tahun di dalam industri, beliau telah membina sebuah empayar terbesar yang meliputi daripada menghasilkan filem-filem tempatan dan juga platform pelaburan.
Drama siri premium ini menceritakan tentang kisah keluarganya dan tiga anaknya, Delilah, Darius dan Dharma, yang merebut untuk menjadi waris tunggal syarikatnya.
Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidik anak-anaknya bahawa terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi daripada keluarga mereka sendiri.
Adakah dia akan berjaya? Adakah ketamakan yang akan menjadi punca kejatuhan empayar beliau? Adakah darah lebih bermakna daripada wang?
Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 11 April ini.
Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Gempak
Sun Apr 10 2022
KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. -Gempak
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
KUASA tonjol kelainan, bongkar sisi gelap penerbitan filem
Drama siri premium ini merupakan hasil kerjasama dua penerbit filem blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions.
'Saya jadi ibu 'happening' dan 'classy'!' - Ning Baizura tak kisah bawa watak ibu dalam KUASA
Sudah tiba masanya untuk dia melangkah ke satu tahap karakter yang lebih matang dan memberi laluan kepada pelakon muda lain.
'Sepatutnya saya berlakon dalam cerita ini tapi...' - KUASA kisah keluarga Yusof Haslam?
Yusof Haslam menegaskan ia hanya kebetulan dan rekaan sahaja kerana idea asalnya datang dari anak perempuan beliau Syamin Yusof.
KUASA: Taruhan terbaharu dua penerbit filem blockbusters
KUASA ialah kisah kehidupan keluarga penerbit terkemuka yang hidup dalam kemegahan, bersama tiga anak yang bakal mewarisi legasinya.
COVID-19 permulaan pada krisis lebih besar iaitu...
COVID-19 hanya sebahagian kecil daripada krisis yang lebih besar iaitu krisis iklim.
Isu hutan simpan: Ngeh, KUASA ditempelak kongsi fakta separuh masak
Datuk Saarani Mohamad berkata, kedua-dua pihak seharusnya melakukan kajian dengan lebih adil serta terperinci terlebih dahulu sebelum membuka mulut dan melemparkan tuduhan tidak berasas.