IPOH: Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad memberi gambaran bahawa hubungan partinya masih baik bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).
Malah, katanya, beliau secara peribadi juga tidak mempunyai masalah hubungan politik dengan mana-mana kepimpinan atau ahli UMNO termasuk ketika dalam mesyuarat kabinet, mahupun berjumpa di luar.
“Setakat hari ini kita tidak bergaduh dengan UMNO pun. Macam mana kita nak pergi ke pejabat kadi kita duduk baik dengan bini kita, elok je kan, tak ada apa. Saya dengan orang UMNO, tidak kiralah dengan pimpinan kawasan jumpa dekat Rehat & Rawat (R&R), ditambah dalam kabinet lagilah. Orang lain pun sama, macam tiada masalah sama sekali. Sebelah saya duduk di Parlimen atau dalam Dewan Negara pun sama, tiada masalah," kata Idris.
Beliau berkata demikian ketika ditemui menyampaikan bantuan kepada 21 mangsa rumah terjejas akibat ribut di Dewan Dato Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam, di sini pada Rabu.
Terdahulu, Idris diminta mengulas berkenaan kemungkinan Pas dan UMNO akan mengadakan rundingan susulan ada dakwaan yang menyebut hubungan dua parti terbesar Melayu itu dingin walaupun bersama dalam MN.
Pada Sabtu lalu, sebuah portal berita melaporkan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, akar umbi antara partinya dengan UMNO selesa dengan MN.
Dalam pada itu, Idris turut memberitahu, beliau kekal dengan pendiriannya untuk hubungan parti itu dengan UMNO dalam MN, kekal.
“Kita mahukan penyatuan dalam kuasa orang kata panggil apa, mana baik? Kita pakat dua saja ke atau pakat tiga. Sudah tentulah, kita pakat ramai-ramai kerana itu lebih baik. Jadi. sebab itu kita mengharapkan supaya kita ni masih lagi berada di tahap itu.
“Tapi Pas mengambil pendirian sebagai suatu parti yang tetap kita ini ialah sebagai untuk Muslim. Terutama tentang masa depan politik orang-orang Islam dan orang-orang Melayu di negara kita ini mesti kita ada bentuk penyatuan,” tambahnya.
Amirrul Rabbani
Wed Mar 30 2022
Dalam pada itu, Idris turut memberitahu, beliau kekal dengan pendiriannya untuk hubungan parti itu dengan UMNO dalam MN, kekal. - Gambar fail
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
'Hubungan Pas-MN, ibarat kita duduk baik dengan bini kita' - Idris
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad memberi gambaran bahawa hubungan partinya masih baik bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).