KUCHING: Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berkata hubungan erat antara kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan akan terus membawa banyak kebaikan kepada rakyat.
"Saya gembira dengan sokongan kerajaan Sarawak, Kerajaan Perpaduan telah dapat dibentuk. Insya-Allah, kerajaan yang stabil pasti dapat membawa kemakmuran kepada rakyat.
"Saya berharap Kerajaan Perpaduan dapat segera menyelesaikan tuntutan Sarawak selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan IGC (Jawatankuasa Antara Kerajaan), Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan," kata beliau yang yakin Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membangunkan Malaysia dengan lebih cemerlang.
Berucap pada majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini hari ini, beliau berkata di peringkat negeri, kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memperkenalkan inisiatif pembangunan strategik untuk melonjakkan ekonomi Sarawak.
Tun Abdul Taib berkata ekonomi baharu berasaskan teknologi hijau juga telah menarik banyak pelaburan ke Sarawak selain dapat membantu menjaga dan memelihara alam sekitar.
"Perniagaan karbon dan penyelidikan oleh Sarawak Biodiversity Centre telah menghasilkan sumber ekonomi baharu yang akan menggandakan bukan sahaja pendapatan Sarawak tetapi bakat anak-anak Sarawak khusus dalam bidang perkhidmatan dan kesihatan.
"Sarawak mengamalkan ekonomi terbuka, banyak peluang perniagaan dan pekerjaan berkualiti disediakan. Saya menyeru rakyat terutama golongan muda untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran," katanya.
Beliau berkata hak rakyat juga akan sentiasa dipelihara sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial yang dilihat menjadi tonggak perpaduan dan toleransi kaum.
Persidangan DUN Sarawak kali ini akan berlangsung selama lapan hari sehingga 24 Mei ini dengan tiga Rang Undang-Undang akan dibentangkan iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2022), Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2023) dan Rang Undang-Undang Majlis Kraf Sarawak 2023.
Sebanyak 375 soalan akan dibangkitkan pada persidangan itu, terdiri dari 305 soalan bagi jawapan lisan dan 70 soalan untuk jawapan bertulis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
![Hubungan erat kerajaan Sarawak dan Persekutuan bawa banyak kebaikan kepada rakyat - Taib Mahmud Hubungan erat kerajaan Sarawak dan Persekutuan bawa banyak kebaikan kepada rakyat - Taib Mahmud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684132020_AbdulTaibMahmud.jpg)
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud (kiri) dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib hadir pada lstiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 di Petra Jaya, hari ini. - Foto Bernama
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717668340_tbWanJunaidi.jpg)
Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP
Yang Dipertua Negeri Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Kpl (B) Etin Jam, seorang penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
![HAWANA 2024: 1,000 pengamal media dirai dalam majlis makan malam HAWANA 2024: 1,000 pengamal media dirai dalam majlis makan malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716733445_WanJunaidiAbangJ.jpg)
HAWANA 2024: 1,000 pengamal media dirai dalam majlis makan malam
Kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara diraikan pada majlis makan malam dihoskan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar malam ini.
![Tun Wan Junaidi dianugerah Darjah Satria Bintang Sarawak Tun Wan Junaidi dianugerah Darjah Satria Bintang Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709102602_TBWANJUNAIDIjpg.jpg)
Tun Wan Junaidi dianugerah Darjah Satria Bintang Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak yang membawa gelaran "Pehin Sri".
![Raghad nafi Taib Mahmud kritikal Raghad nafi Taib Mahmud kritikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708426591_RaghadKurdi.jpg)
Raghad nafi Taib Mahmud kritikal
Raghad berkata beliau menerima maklumat mengenai hantaran dalam talian itu bahawa suaminya yang juga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak kritikal dan beliau menafikan cerita dan gambar berkenaan.
![Dakwaan Taib Mahmud dilarikan tidak benar - Ketua Polis Negara Dakwaan Taib Mahmud dilarikan tidak benar - Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696911519_TSAbdulTaibMahmud.jpg)
Dakwaan Taib Mahmud dilarikan tidak benar - Ketua Polis Negara
Dakwaan bahawa bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dilarikan adalah tidak benar.
![Wan Junaidi tiba di Kuching sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu Wan Junaidi tiba di Kuching sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706335330_WanJunaidi.jpg)
Wan Junaidi tiba di Kuching sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu
Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.
![Abang Jo ucap tahniah Wan Junaidi diangkat sebagai Gabenor Sarawak Abang Jo ucap tahniah Wan Junaidi diangkat sebagai Gabenor Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706318032_TBWanJunaidiYDPA.jpg)
Abang Jo ucap tahniah Wan Junaidi diangkat sebagai Gabenor Sarawak
Abang Johari menzahirkan ucap tahniah kepada Wan Junaidi atas pelantikannya sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan.
![Wan Junaidi: Tuan polis kini akan jadi Tuan Yang Terutama Wan Junaidi: Tuan polis kini akan jadi Tuan Yang Terutama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706242192_WanJunaidiTuankuJ.jpg)
Wan Junaidi: Tuan polis kini akan jadi Tuan Yang Terutama
Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar merupakan figura yang pernah berada di barisan paling hadapan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.
![Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706241710_PelantikanYangDipe.jpg)
Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini.
![Abang Johari tidak ulas spekulasi lantikan Yang Dipertua Negeri baharu Abang Johari tidak ulas spekulasi lantikan Yang Dipertua Negeri baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704527264_AbangJohari.jpg)
Abang Johari tidak ulas spekulasi lantikan Yang Dipertua Negeri baharu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak memberikan ulasan mengenai spekulasi pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu.