Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pasti mempunyai bukti kukuh sebelum mendedahkan tentang tindakan seorang tokoh besar UMNO menjadi dalang utama komplot menggulingkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn berkata ia merupakan satu perkara yang serius dan tidak mungkin perkara itu ditimbulkan tanpa sebarang fakta dan bukti yang dapat meyakinkan rakyat dan anggota UMNO khasnya.
"Sudah tentu ia memerlukan bukti yang kukuh kerana perkara yang serius seperti ini tidak akan dapat diyakinkan kepada rakyat khususnya anggota kita dengan cara penerangan begitu sahaja.
"Saya yakin Timbalan Perdana Menteri mempunyai bukti tertentu dan ia akan dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi termasuk bentuk tindakan yang diambil," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Krau di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said serta barisan kepimpinan UMNO bahagian serta sayap parti.
Ahmad Zahid semalam mendedahkan tindakan seorang tokoh besar UMNO menjadi dalang utama mengatur gerakan menggulingkan kerajaan melalui cara undi tidak percaya di Parlimen dengan sokongan anggota Parlimen pembangkang.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini turut dikaitkan dengan komplot untuk menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, namun telahpun dinafikan oleh beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO.
Mengulas lanjut tentang perkara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, anggota UMNO di peringkat akar umbi diminta menyerahkan hal itu kepada pucuk pimpinan untuk dibincangkan termasuk mencari bukti yang lebih jelas.
"Kita tidak boleh keluar dari isu ini kalau tidak bersandarkan kepada prinsip tertentu yang universal seperti kebenaran, bukti dan perbincangan yang rasional serta pertimbangan lain," katanya.
Sementara itu, beliau turut meminta pemimpin UMNO bahagian supaya kembali ke landasan asal perjuangan parti termasuk membincangkan soal kebajikan anak bangsa dan hal berkaitan kedaulatan negara tanpa terlalu fokus terhadap isu semasa.
"Dalam keadaan politik hari ini, UMNO tidak pernah abai perkara pokok dalam perjuangan kita, contohnya berdepan dengan ekonomi dunia yang mencabar, apa juga perkara dilemparkan, isu keselamatan tetap diutamakan.
"Saya rasa bangga dengan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau serta perwakilan kerana berbincang tentang soal pokok termasuk keperluan anak muda dalam soal pekerjaan dan perumahan.
"Kemampuan parti dalam menyelesaikan isu sebeginilah yang akan akan dinilai pada pilihan raya nanti dan bukannya dalam soal menyelesaikan isu semasa yang berubah setiap masa dan hari.
Dalam ucapannya perasmiannya sebelum itu, beliau turut meminta anggota UMNO supaya terus utuh dalam satu saf bersama barisan kepimpinan tertinggi parti untuk memastikan kelansungan parti membela nasib anak bangsa.
Bernama
Sun Aug 16 2015
HISHAMMUDDIN: Saya yakin Timbalan Perdana Menteri mempunyai bukti tertentu dan ia akan dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi termasuk bentuk tindakan yang diambil. -Gambar fail
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
ANGKASA sasar 30 koperasi capai perolehan RM1 juta tahun ini
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menyasarkan sebanyak 30 koperasi sekolah mampu mencapai perolehan melebihi RM1 juta menjelang akhir tahun ini.
Tiada bukti Najib arah RM42 juta dana SRC ke akaun peribadi: Peguam
Mahkamah Rayuan dimaklumkan bahawa tidak ada bukti kukuh bagi mengaitkan RM42 juta dana SRC International dengan Najib.
Tengku Adnan didapati bersalah terima rasuah RM2 juta
Hakim ketika menyampaikan keputusan berkata pihak pembelaan yang diketuai Datuk Tan Hock Chuan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah atas pertuduhan itu.
SPRM tidak layan surat layang kecuali dilengkapi dokumen kukuh - Azam Baki
Sebuah jawatankuasa khas dalam SPRM akan bersidang setiap hari kecuali pada Sabtu dan Ahad, bagi menilai kesahihan sesuatu maklumat kes.
Hishammuddin yakin TPM ada bukti kukuh komplot guling kerajaan
Hishammuddin berkata ia merupakan satu perkara yang serius dan tidak mungkin perkara itu ditimbulkan tanpa sebarang fakta dan bukti yang dapat meyakinkan rakyat dan anggota UMNO khasnya.