Satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 18 Feb depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali sebagai Akta 355.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata platform itu akan diguna untuk memperjelaskan kewajaran usul Rang Undang-Undang Persendirian yang dibawakan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pindaan akta itu dan mengapa ia mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya anggota Parlimen.
"Himpunan ini bertemakan 'Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera', kita libatkan semua pihak yang 'cinta' (pindaan) Akta 355 tanpa mengira parti politik, latar belakang agama dan kaum," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Tuan Ibrahim yang juga pengerusi himpunan itu berkata dianggarkan 300,000 orang akan menghadiri himpunan itu yang akan bermula pada 3 petang sehingga 11 malam.
Perhimpunan itu dianjurkan bersama Sekretariat Ummah, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Majlis Ulamak dan Umarak dan Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia.
Abdul Hadi pada 24 Nov lepas membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.
Presiden Pas itu bagaimanapun memohon huraian mengenainya dibuat pada sesi persidangan dewan akan datang memandangkan cadangan pindaan itu memerlukan pemahaman yang jelas serta masih ada kekeliruan dan polemik mengenainya dalam kalangan pelbagai pihak.
Persidangan Dewan Rakyat dijadual bermula pada 7 Mac ini selepas Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen Ke-13 disempurnakan pada 6 Mac.
Tuan Ibrahim berkata pembentangan pindaan akta itu dilihat mula mendapat maklum balas positif daripada semua pihak termasuk masyarakat di Sarawak.
Sementara itu, Pengarah Himpunan 355, Nasrudin Hassan Tantawi, berkata Pas selaku penganjur utama mengundang semua parti politik untuk menyertai himpunan berkenaan termasuk DAP dan Parti Amanah Negara.
Beliau yang juga ketua penerangan Pas pusat berkata pihak berkenaan dijangka mendapat undangan bagi menghadiri himpunan itu dalam masa terdekat. -- Bernama
Bernama
Sat Jan 07 2017

Tuan Ibrahim yang juga pengerusi himpunan itu berkata dianggarkan 300,000 orang akan menghadiri himpunan itu yang akan bermula pada 3 petang sehingga 11 malam. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Menteri Agama tegur NGO bukan Islam ulas isu pindaan akta syariah
Semua pihak digesa tidak memberikan sebarang kenyataan bersifat spekulatif yang boleh mengelirukan mahupun mencetuskan kegusaran kepada orang awam berhubung cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah.

Pindaan Akta 355: Kerajaan selesai libat urus bersama negeri - Mohd Na'im
Libat urus itu penting memandangkan perkara berkaitan agama Islam merupakan hak negeri-negeri berdasarkan perlembagaan.

Jawatankuasa Khas Gubal Undang-Undang Islam diharap perkasa Akta 355
Asyraf berkata, antara cadangan penting ialah untuk menaikkan had hukuman denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM100,000.

Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk
Setakat hari ini hukuman yang ada menggunakan enakmen sedia ada.

Hukum hudud: Kelantan tunggu lampu hijau - MB
Kelantan belanjakan RM1 juta setahun melengkapkan sistem perundangan mahkamah syariah, membangunkan prasarana dan menjalankan kempen.

Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina
Terdapat kesilapan teknikal pada usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 seperti yang disiarkan media semalam.

Ini untuk orang Islam, tidak beri kesan kepada bukan Islam - Abdul Hadi
Pada masa sama, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu umat Islam terus beristiqamah dan menghormati penganut agama lain, dalam memperjuangkan syiar Islam.

Ada sebab kenapa kaum wanita patut sokong pindaan Akta 355 - Asyraf Wajdi
Kaum wanita dan pejuang hak wanita harus menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 kerana ia dapat membela mereka daripada teraniaya.

Tengku Adnan ulangi cadangan RUU di Stadium Titiwangsa
Saya sudah memberikan cadangan agar mereka (PAS) menggunakan Stadium Titiwangsa seperti yang dilakukan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya.

Tiada halangan PAS adakan himpunan di Dataran Merdeka - Nazri Aziz
Berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012, kerajaan tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan atau demonstrasi bagi menyokong atau membantah sesuatu perkara.