Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong menyeru pemimpin politik supaya menghentikan permainan politik dan sebaliknya memberi fokus terhadap isu negara, terutama dalam menghadapi cabaran politik dan ekonomi global semasa.
Beliau berkata para pemimpin politik negara ini juga seharusnya berkongsi idea tentang cara untuk menyelesaikan isu rakyat di peringkat lapangan dan mengetepikan perbezaan politik yang wujud antara sesama mereka.
"Dunia sedang menghadapi keadaan tidak menentu, tindakan United Kingdom untuk keluar daripada Kesatuan Eropah mengejutkan pasaran global.
“Hanya melalui kerjasama antara kita (rakyat Malaysia), barulah kita dapat mengatasi sebarang cabaran dalam tempoh yang tidak menentu ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Koperasi Rakyat Berhad, di sini semalam.
Mah, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata walaupun Malaysia menghadapi masa depan yang rumit, beliau yakin progrm transformasi kerajaan akan berjaya mengharungi tempoh mencabar itu.
Katanya, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini menunjukkan rakyat tetap yakin dengan kepimpinan sedia ada untuk membawa perubahan kepada negara.
"Mereka yang ditemui semasa pilihan raya kecil itu memberitahu saya bahawa mereka sudah jemu dengan mainan politik yang tidak berkesudahan dan sebaliknya lebih berminat untuk bercakap tentang isu yang mereka hadapi.
"Langkah yang perlu diambil ialah mengadakan perbincangan untuk mencari penyelesaian bagi masalah kita dan itulah yang akan menjadi fokus kami mulai sekarang," katanya.
Diminta mengulas tentang kemungkinan rombakan Kabinet dilakukan minggu depan, Mah berkata perkara itu merupakan prerogatif perdana menteri, maka terpulanglah kepada beliau untuk menentukan siapa yang patut kekal atau mengucapkan selamat tinggal.
"Kami tidak bincang pun perkara itu pada mesyuarat Kabinet atau mesyuarat parti komponen BN. Terserahlah kepada beliau (PM) untuk membuat keputusan, kita tunggulah sampai minggu depan," katanya.
Bernama
Sun Jun 26 2016
![Henti mainan politik, fokus isu global - Mah Henti mainan politik, fokus isu global - Mah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81442128177_MahSiewKeong.jpg)
MAH: Para pemimpin politik negara ini juga seharusnya berkongsi idea tentang cara untuk menyelesaikan isu rakyat di peringkat lapangan dan mengetepikan perbezaan politik yang wujud antara sesama mereka. - Foto Fail
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
Astro ketengah elemen 'Heart to Heart' untuk Malaysia
Kempen Inilah KITA yang dilancarkan Astro sejak minggu lalu meraikan semangat kebersamaan serta makna sebagai rakyat Malaysia di bawah cerminan negara yang berbilang kaum dan majmuk sama seperti yang ada di Sabah dan Sarawak. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Holdings Berhad, Euan Smith, kebersatuan itu diraikan menerusi bakat penceritaan kakitangan Astro yang dinamik dan menyentuh hati.
Bahasa etnik medium hebahan Bulan Kebangsaan di Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah Supian Musa berkata inisiatif itu bukan hanya bertujuan menyemarakkan sambutan, tetapi lebih utama mahu memastikan mesej disampaikan dalam bahasa mudah difahami supaya dapat dihayati semua lapisan masyarakat.
SUKMA 2024: Premier umum insentif untuk pemenang pingat Sarawak pada Jumaat
NIlai insentif yang menanti atlet Sarawak yang meraih pingat dalam temasya sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 dijangka diumum Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat.
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
![Gerakan minta PH berhenti bersikap seperti pembangkang Gerakan minta PH berhenti bersikap seperti pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81503126928_MahSiewKeong.jpg)
Gerakan minta PH berhenti bersikap seperti pembangkang
Datuk Seri Mah Siew Keong berkata landskap politik telah berubah selepas PRU14 yang menyaksikan rakyat lebih mengetahui dan sensitif akan hak mereka.
![Mah Siew Keong masih Presiden Gerakan yang sah Mah Siew Keong masih Presiden Gerakan yang sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81503126928_MahSiewKeong.jpg)
Mah Siew Keong masih Presiden Gerakan yang sah
Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini menjelaskan beliau masih presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang sah sehingga pemilihan parti itu pada 17 Nov nanti.
![Kesatuan Eropah perlu haramkan mentega, bukan minyak sawit - Mah Kesatuan Eropah perlu haramkan mentega, bukan minyak sawit - Mah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81503126928_MahSiewKeong.jpg)
Kesatuan Eropah perlu haramkan mentega, bukan minyak sawit - Mah
Pelepasan karbon dioksida (Co2) bagi tujuan penghasilan mentega adalah 10 kali lebih tinggi berbanding minyak sawit.
![Gerakan hadapi PRU14 dengan lebih yakin - Mah Gerakan hadapi PRU14 dengan lebih yakin - Mah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81442128177_MahSiewKeong.jpg)
Gerakan hadapi PRU14 dengan lebih yakin - Mah
Semangat dan keyakinan Gerakan kian meningkat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.
![Thaipusam perlu dijadikan cuti umum di seluruh negara - Mah Thaipusam perlu dijadikan cuti umum di seluruh negara - Mah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61453304867_950x600.jpg)
Thaipusam perlu dijadikan cuti umum di seluruh negara - Mah
Thaipusam yang merupakan cuti umum di negeri tertentu dan Wilayah Persekutuan di Malaysia perlu diwartakan sebagai cuti umum di seluruh negara.
![Mah Siew Keong ketuai misi ekonomi, teknikal ke Iran dan India Mah Siew Keong ketuai misi ekonomi, teknikal ke Iran dan India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81442128177_MahSiewKeong.jpg)
Mah Siew Keong ketuai misi ekonomi, teknikal ke Iran dan India
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong akan mengetuai Misi Ekonomi dan Teknikal Mengenai Minyak Sawit, Produk Kayu dan Getah ke Iran dan India mulai 5 hingga 9 Februari
![TPPA: Industri sawit kecewa dengan keputusan Trump TPPA: Industri sawit kecewa dengan keputusan Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485234603_MahSiewKeong.jpg)
TPPA: Industri sawit kecewa dengan keputusan Trump
Malaysia kehilangan potensi besar dalam pasaran eksport sawit ke negara-negara yang menganggotai negara tersebut.
![Gerakan sedia tukar empat kerusi untuk hadapi PRU Gerakan sedia tukar empat kerusi untuk hadapi PRU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71474202166_MahSiewKeong.jpg)
Gerakan sedia tukar empat kerusi untuk hadapi PRU
Gerakan bersedia menukar empat kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain untuk pilihan raya umum ke-14, kata Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.
![Letupan Bangkok: Kerajaan sumbang RM10,000 kepada keluarga mangsa korban Letupan Bangkok: Kerajaan sumbang RM10,000 kepada keluarga mangsa korban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41440002883_NEOH.jpg)
Letupan Bangkok: Kerajaan sumbang RM10,000 kepada keluarga mangsa korban
Kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada setiap anggota keluarga mangsa yang maut dalam insiden letupan bom di Bangkok pada Isnin lepas.
![Sambut krismas dalam suasana harmoni, rasa hormat - Najib Sambut krismas dalam suasana harmoni, rasa hormat - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/71387891292_295x200.jpg)
Sambut krismas dalam suasana harmoni, rasa hormat - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia supaya sekali lagi bersatu atas semangat keharmonian, penerimaan dan rasa hormat untuk menyambut Krismas esok.