Ketua PKR Cabang Batu Sapi, Baby Anne Alsali hari ini menyeru pimpinan parti supaya tidak lagi berbalah sesama sendiri dan berhenti melakukan tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan.
Katanya, perkara yang paling utama ketika ini adalah untuk menumpukan kepada perjuangan dan menjaga kepercayaan rakyat.
"Tolong berhenti berbalah sesama sendiri dan jangan ada batu api yang cuba keruhkan lagi keadaan.
"Ketahuilah, rakyat terutamanya ahli parti, jadi tekanan dengan politik semasa negara ini, termasuk ahli-ahli di negeri Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas isu semasa berkaitan PKR yang dilihat agak panas dengan wujudnya kem-kem tertentu dalam parti itu.
Menurut Baby Anne, keadaan politik semasa dan perbalahan dalaman boleh diselesaikan oleh pucuk pimpinan, namun dalam masa yang sama, imej parti perlu dijaga.
"Jangan mempermainkan kepercayaan rakyat. Kepada yang jadi batu api, tolong hentikan. Jangan cuba meraih populariti daripada perbalahan yang berlaku.
"Kita serahkan sahaja kepada pimpinan pusat untuk selesaikan segala percakaran yang berlaku," katanya kepada media ketika hadir di Majlis Kejohanan Futsal anjuran Timbalan Ketua Pemuda PKR Sabah, Blission Zainuddin.
Hadir sama, Setiausaha Persatuan Angkatan Bumiputera Sabah merangkap Setiausaha Wanita PKR Cabang Silam, Lady Marine Abdul Moin.
Ridzal Abdullah
Sat Dec 21 2019
![Henti berbalah sesama sendiri, jaga kepercayaan rakyat - Ketua Cabang PKR Henti berbalah sesama sendiri, jaga kepercayaan rakyat - Ketua Cabang PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576905883_BabyAnneAlsali.jpg)
Baby Anne berkata, keadaan politik semasa dan perbalahan dalaman boleh diselesaikan oleh pucuk pimpinan, namun dalam masa yang sama, imej parti perlu dijaga. Astro AWANI
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
![Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740143869_NaimMokhtar.jpg)
Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
![Henti berbalah sesama sendiri, jaga kepercayaan rakyat - Ketua Cabang PKR Henti berbalah sesama sendiri, jaga kepercayaan rakyat - Ketua Cabang PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576905883_BabyAnneAlsali.jpg)
Henti berbalah sesama sendiri, jaga kepercayaan rakyat - Ketua Cabang PKR
Katanya, perkara yang paling utama ketika ini adalah untuk menumpukan kepada perjuangan dan menjaga kepercayaan rakyat.