"Saya masih mengekalkan idealisme tentang pemerintahan autoritarian di mana saya mungkin dituduh sebagai diktator dahulu, tetapi saya menafikannya.
Tegasnya, beliau bukan pemimpin diktator namun itu tidak akan mengubah pandangan pengkritiknya.
"Apabila mereka sebut nama saya, mereka merujuk saya sebagai seorang diktator.
"Hari ini, seorang diktator akan bercakap tentang demokrasi," kata Dr Mahathir dengan nada berseloroh.
"Saya tak tahu sama saya layak atau tidak, tapi akan cuba," tambahnya disahut gelak tawa para hadirin.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan mengenai 'Masa Depan Demokrasi di Asia' di Chatham House, London.