KUALA NERANG: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil enggan memberi ulasan lanjut berhubung dakwaan wujud arahan rasmi kepada kesemua anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan bagi melarang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terlibat dalam acara kerajaan termasuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan diadakan di negeri itu penghujung Mei depan.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan telah menjemput semua pihak termasuk anggota pentadbiran kerajaan negeri, Ahli-ahli Parlimen dan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah untuk terlibat sama dalam lawatan kerja Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di negeri Jelapang Padi itu.
Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, dirinya tidak pasti apa yang dimaksudkan Sanusi berhubung hantaran pemimpin berkenaan di akaun Facebook miliknya hari ini berkaitan isu itu.
"Saya tidak pasti apa yang beliau maksudkan dan bagi saya yang penting Kerajaan Perpaduan ingin membuktikan bahawa kita bersedia untuk bekerjasama demi rakyat dan sekarang ini cukup-cukuplah berpolitik, kita berkhidmat untuk rakyat,
"Thank you, ada soalan lain, ada soalan lain, tidak ada, you have a lot of question, terima kasih," katanya.
Fahmi berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Hab Gentian Optik Point of Presence (PoP), Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Terap, Kuala Nerang pada Rabu.
Terdahulu, Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mendakwa beliau dilarang menghadiri sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan.
Bukan itu sahaja, beliau juga dilarang untuk hadir di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan diadakan di negeri itu pada 23 hingga 27 Mei depan.
Bagaimanapun, setakat ini, Menteri Besar Kedah itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan lebih lanjut mengenai larangan terbabit.
Abd Hadi Che Awang
Wed Mar 29 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berucap pada Majlis Perasmian Hab Rangkaian Gentian Optik Point of Presence (PoP) Zon Utara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Terap hari ini. - Foto BERNAMA
Anggota tentera ditahan bersama pelbagai dadah
Pemeriksaan menemukan dadah jenis methamphetamin seberat 6.75 gram, 31 pil berwarna putih disyaki nitrazepam (38.39 gram) dan pil yaba (1.49 gram).
Renjatan elektrik: Syarikat bas gagal audit ICOP
Syarikat bas eskpres yang terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki gagal dalam audit ICOP.
Op Favish: Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, Fadza masih di dalam
Selepas dua jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
KPDN rampas 38,500 liter diesel disimpan di lokasi tidak berlesen
Syarikat itu disyaki memindahkan diesel dari lokasi berlesen ke lokasi tidak berlesen dan menyimpan jumlah diesel melebihi had yang dibenarkan dalam permit.
Dari mana datangnya 1.2 juta pelancong China ? - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata pelancong dari China sebanyak 1.2 juta yang masuk ke Malaysia bermula dari legasi lama.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Taburan hujan 20 hingga 40 peratus lebih tinggi berbanding tahun lepas - METMalaysia
Negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan utara serta timur Sabah dijangka menerima taburan hujan melebihi 20 hingga 40 peratus pada musim Monsun Timur Laut tahun ini.
Gunung Marapi Indonesia meletus
Letusan berlaku pada 8.54 pagi waktu Jakarta, dengan abu tersebar ke arah timur dan timur laut kawah.
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilaksanakan dalam 3 Fasa
Menteri Kerja Raya berkata pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilaksanakan dalam 3 fasa. Fasa 1A dijadualkan siap pada suku pertama 2026 manakala keseluruhan Fasa 1B dijangka disiapkan pada 2029.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.
Pelesenan media sosial: Kebebasan tanpa sempadan hanya mengundang malapetaka - Fahmi
Pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial bukan bermakna kerajaan akan menapis internet.
Rangkaian 5G Kedua: Fahmi minta hormati keputusan MCMC
MCMC telah membuat penilaian sewajarnya melalui proses tender sebelum membuat keputusan tersebut.
5G Kedua: U Mobile lalui proses tender, bukan ‘direct award’ - Fahmi
Katanya, keputusan memilih U Mobile juga tidak bertentangan dengan syarat khas lesen bagi suatu lesen individu.
Malaysia terbuka bekerjasama dengan Palestin pulihkan telekomunikasi Gaza - Fahmi
Malaysia tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Palestin untuk memulihkan sektor telekomunikasi di Gaza, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi bertemu pelajar, diaspora Malaysia di Turkiye
Menteri Komunikasi yang dalam rangka lawatan kerja ke Turkiye, menghadiri sesi perjumpaan dengan pelajar dan diaspora Malaysia di negara itu malam tadi.
Kerajaan tidak pernah bincang pengenalan cukai langganan ChatGPT - Fahmi
Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pelesenan media sosial: Kerajaan tidak boleh beri masa tambahan - Fahmi
Kerajaan tidak boleh memberikan lebih masa untuk pelesenan media sosial dalam usaha menangani jenayah di platform tersebut, termasuk pedofilia dan aktiviti penipuan.
Rancangan pelesenan media sosial Malaysia kurang jelas, ancam inovasi digital - Meta
Meta Platforms mengkritik rancangan Malaysia untuk mewajibkan platform media sosial memohon lesen pengawalseliaan menjelang Januari 2025.
Meta, MCMC teruskan perbincangan pelesenan media sosial perangi jenayah pedofilia - Fahmi
Kerajaan MADANI akan terus memastikan platform media sosial tegas dalam menangani jenayah dalam talian.
Deepavali: Dua veteran media terima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA
Kedua-dua penerima itu ialah bekas wartawan Tamil Malar R. Saraspathy dan bekas pembaca pruf Tamil Nesan S. Batemaly.