Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlepas penerbangan, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Itulah reaksi menteri besar Kelantan ketika ditanya berhubung ketidakhadiran pimpinan PAS Pusat termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamed Sabu, dan barisan Naib Presiden pada majlis pengumuman calon PAS semalam.
“Sepatutnya presiden hadir, tetapi kelewatan penerbangan pada pukul 6.30 petang ke Kota Bahru dan tidak sempat. InsyaAllah, esok ada,” ulas Ahmad Yakob.
Pada majlis pengumuman calon PAS semalam, wakil pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya diwakili oleh Naib Ketua Keadilan Kelantan, Prof Madya Shahrun Ibrahim manakala tiada wakil DAP.
Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menjelaskan, Dr Mohd Hatta Ramli selaku ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Datuk Kamaruddin Jaafar telah mewakili pimpinan PAS Pusat.
Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Sami Buddha dan Masyarakat Siam di Wat Machimaran, Kampung Jubakar di sini petang tadi.
Turut hadir Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan calon PAS DUN Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim.
Sementara itu, Wan Rosdi Wan Ibrahim ketika ditemui menjelaskan masyarakat Siam merupakan antara pengundi bagi DUN Pengkalan Kubor.
Katanya penampilannya sebagai calon merupakan atas kehendak PAS Kelantan dan mengharapkan supaya pengundi di DUN berkenaan memberikan sokongan kepada beliau.
Menyentuh mengenai calon BN, Mat Razi Mat Ail, Wan Rosdi menjelaskan beliau tidak melihat Mat Razi sebagai guru dan mempunyai pondok memberi kelebihan kepada calon BN itu.
“Saya tidak nampak saingan yang ketara dan jauh beliau bukan ustaz. Juga saya difahamkan kalau cuti sekolah beliau dapat mengumpul kanak-kanak sekolah dalam satu program di pondok dan saya nampak beliau seorang pegawai PPD sahaja, saya tidak gentar.” ulas calon PAS tersebut.
Katanya lagi, pendekatan yang beliau akan gunakan ialah mengadakan peogram mendekatkan diri dengan rakyat.
Muhafandi Muhamad
Fri Sep 12 2014
![Hadi terlepas penerbangan, kata MB Kelantan Hadi terlepas penerbangan, kata MB Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/41406293702_295x200.jpg)
Hadi terlepas penerbangan, kata MB Kelantan
![Malaysia, Bahrain usaha tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang Malaysia, Bahrain usaha tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721407655_RajaBahrainSheikh.jpg)
Malaysia, Bahrain usaha tingkat kerjasama dalam pelbagai bidang
Anwar berkata beliau dan Sheikh Hamad percaya usaha berterusan perlu dijalankan bagi meningkatkan kerjasama dalam politik, ekonomi, pendidikan, budaya, pelancongan dan kesihatan.
![Piala FA: Jaringan saat akhir Morales tewaskan Kedah Piala FA: Jaringan saat akhir Morales tewaskan Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721407592_NazmiFaizMansor.jpg)
Piala FA: Jaringan saat akhir Morales tewaskan Kedah
Jaringan pemain gantian Romel Morales pada saat akhir memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai kelebihan tipis selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-1.
![Bacaan qunut nazilah tidak harus melencong daripada tujuan asal Bacaan qunut nazilah tidak harus melencong daripada tujuan asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721407027_HafizSallehHudin.jpg)
Bacaan qunut nazilah tidak harus melencong daripada tujuan asal
Bacaan qunut nazilah tidak seharusnya melencong daripada tujuan asalnya, menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.
Raja Bahrain tiba di Malaysia
Raja Bahrain Sheikh Hamad Isa Al Khalifa tiba di sini, hari ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang akan berlangsung di Istana Negara pada Sabtu.
Dua kapal tangki terbakar di luar pantai Singapura
Pihak berkuasa Singapura, hari ini memaklumkan dua kapal tangki minyak terbakar di luar pantainya dan dua anak kapal dihantar ke hospital.
Britain sambung pembiayaan kepada UNRWA
Kerajaan Buruh Britain memaklumkan mereka akan menyambung semula pembiayaan kepada agensi pelarian Palestin PBB, UNRWA pada Jumaat.
Isteri PM Sepanyol enggan jadi saksi
Begona Gomez - isteri kepada Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengunci mulut setiap kali ditanya berkenaan kes rasuah termasuk soalan yang berkait dengan pengaruh suaminya oleh hakim di mahkamah Madrid. Soalan itu diajukan sebagai sebahagian dari proses siasatan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi mengenal pasti punca sebenar pemimpin itu ingin melepaskan jawatan berkenaan pada April lalu.
![Gangguan IT global: Operasi perniagaan, perkhidmatan TM tidak terjejas Gangguan IT global: Operasi perniagaan, perkhidmatan TM tidak terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/71456909883_MenaraTM.jpg)
Gangguan IT global: Operasi perniagaan, perkhidmatan TM tidak terjejas
TM berkata pihaknya telah mengesan isu itu secara proaktif dan menguruskannya dengan lancar.
Semua pelajar Malaysia di Dhaka selamat
Semua pelajar Malaysia di Dhaka, Bangladesh kini selamat setakat jam 4 petang Jumaat menurut laporan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.
Raja dan rakyat berpisah tiada
Beberapa rakyat Johor melahirkan rasa keterujaan menjelang Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Sabtu.