Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana memberi laluan kepada parti itu membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Beliau berkata pembentangan rang undang-undang itu merupakan satu sejarah buat PAS dan parti itu akan sentiasa mengingati jasa baik kerajaan.
"Kita (PAS) berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan laluan berharga buat PAS untuk membentangkan usul berkenaan. Kita tidak akan lupakan perkara itu sampai bila-bila.
"Suara hati kita telah berjaya dilontar di Parlimen dan keputusan menangguhkan persidangan Parlimen membolehkan kita memberi penerangan mengenai RUU itu kepada masyarakat," katanya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar PAS ke-63 di Kota Sarang Semut di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku di Parlimen semasa pembentangan RUU berkenaan memperlihat kedangkalan sesetengah Anggota Parlimen terutama daripada pembangkang.
"Kita perhatikan akhlak murahan termasuk (Anggota Parlimen) bukan Islam yang membantah pembentangan itu dengan menunjukkan aksi terjerit-jerit dan melaungkan kata kurang sopan...ini bukanlah ciri-ciri Anggota Parlimen sejati yang dipilih rakyat. Kerana marahkan PAS untuk memartabatkan Islam, PAS telah dihalang sebegitu rupa," katanya.
Abdul Hadi turut menegaskan bahawa PAS bukannya parti persinggahan bagi pihak-pihak tertentu yang mahu memperguna parti Islam itu demi kepentingan diri sendiri.
"Jangan jadikan PAS parti persinggahan hanya untuk sementara dan kemudian berambus pergi bila "aircond" kita rosak," katanya.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya menyemak semula perjalanan semua parti politik di negara ini berikutan ada parti politik yang dilihat tidak menghormati perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk mempersoalkan kedudukan agama Islam.
Pada sidang media kemudian, semasa ditanya sama ada ucapan terima kasih PAS kepada kerajaan membayangkan kemungkinan PAS dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama, Abdul Hadi berkata PAS akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang mementingkan kebajikan rakyat dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.
"Konsep kerjasama kita adalah untuk perkara yang baik. Perkara yang baik seperti kebajikan rakyat, kita boleh bekerjasama. Kalau bercanggah dengan agama Islam, kita bangkang, kita tentang... itu pendirian kita yang terbuka," katanya.
Ditanya mengenai parti mana yang menjadikan PAS sebagai parti persinggahan, beliau berkata itu adalah satu kenyataan umum kerana PAS tidak memusuhi mana-mana parti politik.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS bersedia menggantikan kerajaan sedia ada kerana pihaknya optimis mampu mencapai sasaran memenangi 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menjawab dakwaan bahawa PAS akan mendapat undi tercorot jika bertanding satu lawan satu pada PRU14, beliau berkata PAS mempunyai banyak pengalaman dalam pilihan raya dan sebarang kemungkinan boleh berlaku.
"Kita pernah menghadapi segala kemungkinan kerana sejarah politik kita, senario kita lebih panjang
daripada orang lain. Kita pernah bersendirian, kita pernah tinggal satu kerusi, negeri ini ada kerusi, negeri itu kita tak ada kerusi langsung. Pertandingan dua, tiga dan empat penjuru.... pengalaman kita banyak," katanya.
Berhubung keputusan tahaluf siyasi yang akan diputuskan Majlis Syura Ulama, Abdul Hadi berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada badan itu dan terpulang kepada mereka bila mahu bermesyuarat bagi menentukan perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2017
![Hadi Awang ucap terima kasih kepada kerajaan beri PAS bentang RUU 355 Hadi Awang ucap terima kasih kepada kerajaan beri PAS bentang RUU 355](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71493437229_DatukSeriAbdulHad.jpg)
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana memberi laluan kepada parti itu membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat baru-baru ini. -Bernama
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
![Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721173465_tblelakiditahanAI.jpg)
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
![Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721173401_tbfloodedsectionD.jpg)
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
![Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721172424_tbGrandHyattErawan.jpg)
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
![Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
![Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
![Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721174203_tbRobertMenendez.jpg)
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
![Hadi Awang ucap terima kasih kepada kerajaan beri PAS bentang RUU 355 Hadi Awang ucap terima kasih kepada kerajaan beri PAS bentang RUU 355](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71493437229_DatukSeriAbdulHad.jpg)
Hadi Awang ucap terima kasih kepada kerajaan beri PAS bentang RUU 355
Beliau berkata pembentangan rang undang-undang itu merupakan satu sejarah buat PAS dan parti itu akan sentiasa mengingati jasa baik kerajaan.
![Tidak timbul soal pusingan U dalam keputusan pindaan RUU 355 - Khairy Tidak timbul soal pusingan U dalam keputusan pindaan RUU 355 - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/41489674546_KhairyJamaluddin.jpg)
Tidak timbul soal pusingan U dalam keputusan pindaan RUU 355 - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu berlandaskan polisi BN iaitu tidak boleh meneruskan sekiranya tidak mendapat konsensus parti komponen BN.
![RUU 355 dijangka dibentang esok RUU 355 dijangka dibentang esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81464929945_AbdulHadiAwang.jpg)
RUU 355 dijangka dibentang esok
Usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat esok.
![Pindaan Akta Mahkamah Syariah perkasa Islam sebagai agama Persekutuan Pindaan Akta Mahkamah Syariah perkasa Islam sebagai agama Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71458457933_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Pindaan Akta Mahkamah Syariah perkasa Islam sebagai agama Persekutuan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pindaan itu tidak kena mengena dengan hudud sebaliknya hanya untuk memperkasa Mahkamah Syariah.