SEPERTI ura-ura yang didengari sejak seminggu lalu, Google telah menjenamakan semula Bard menjadi Gemini bermula semalam.
Kecerdasan buatan (AI) ini akan boleh digunakan sebagai pembantu maya menggantikan Assistant pada peranti Android.
Kerana ia berasaskan model AI Gemini Pro, ia boleh melakukan pelbagai tugasan seperti melakukan carian maklumat, menghasilkan kapsyen untuk gambar, menghasilkan kod untuk perisian, mencadangkan idea dan banyak lagi.
Ini dilakukan dengan memuat turun aplikasi Gemini terus pada peranti.
Apabila pengguna menyeru pembantu maya, pilihan untuk menggantikan Assistant dengan Gemini akan diberikan.
Gemini masih boleh melakukan kesemua tugas Assistant seperti menetapkan penggera bangun pagi dan banyak lagi.
Di iOS pula, Gemini boleh diakses menerusi aplikasi Google. Tekan ikon Gemini dalam aplikasi dan ciri yang sama dapat digunakan.
Tetapi pengalaman penggunaan Gemini adalah lebih lancar dengan integrasi yang lebih baik pada platform Android.
Gemini sudah boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat bermula semalam. Pengguna global akan menerimanya secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang.
Ia akan menyokong hanya Bahasa Inggeris, Jepun dan Korea pada versi aplikasi.
Sementara itu Gemini versi web pula menyokong 40 bahasa-bahasa utama dunia. Sokongan bahasa lain pula akan diberikan secara berperingkat. -Amanz
Amanz
Fri Feb 09 2024
Ia boleh melakukan pelbagai tugasan seperti melakukan carian maklumat, menghasilkan kapsyen untuk gambar, menghasilkan kod untuk perisian, dan mencadangkan idea. -Amanz
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Pesara rugi RM108,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tertarik dengan tawaran pulangan tinggi dijanjikan dalam tempoh singkat, mangsa menekan pautan di iklan itu untuk berhubung dengan suspek.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Kerajaan MADANI pulih keyakinan pelabur melalui usaha basmi rasuah - PM Anwar
Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Bank Dunia salur bantuan kecemasan kepada pelarian Lubnan
Bank Dunia akan menyalurkan semula dana yang pada asalnya diperuntukkan untuk program pembangunan di Lubnan kepada bantuan kecemasan bagi pelarian yang terkesan akibat pengeboman Israel.
Israel rancang lagi serang hendap di selatan Lubnan
Tentera Israel memberi bayangan akan melancarkan serang hendap di darat selepas mengeluarkan arahan pemindahan baharu di selatan Lubnan dan mengarahkan penduduk di 20 bandar selatan negara itu untuk berpindah serta-merta.
Banjir Perak: 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS
Seramai 121 orang mangsa banjir daripada 36 buah keluarga masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak susulan hujan lebat berterusan pada petang Jumaat.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Google Bard dijenama menjadi Gemini, boleh guna sebagai pembantu maya peranti Android
Ia boleh melakukan pelbagai tugasan seperti melakukan carian maklumat, menghasilkan kapsyen untuk gambar, menghasilkan kod untuk perisian, dan mencadangkan idea.
Google Bard kini boleh jana teks ke imej secara percuma
Pengguna juga turut boleh melakukan pilihan untuk menjana dua imej tambahan - iaitu sehingga empat imej maksimum untuk setiap input teks.
Google Bard kini bolehkan anda tanya soalan berkaitan video YouTube
Melaluinya, pengguna boleh bertanyakan pelbagai perkara dan ia menawarkan ciri berasaskan kecerdasan buatan generatif.