Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) menggesa Datuk Seri Shafie Apdal serta pemimpin parti Warisan (Warisan) tampil membantu siasatan mengenai status kehilangan Michael Persius Ubu berhubung kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di daerah Tongod, Sabah.
Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah gagal mengesan status terkini Michael Persius.
Tambahnya lagi, beliau meminta bantuan pemimpin Warisan untuk bekerjasama bersama SPRM bagi mengesan kedudukan sebenar Michael Persius.
"Kita telah meminta agar dilibatkan terus Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan Darell Leiking, Datuk Dr Jaujan Sambakong, Junz Wong dan kesemua pemimpin Warisan Sabah.
"Ini kerana mereka sekarang ini bergerak di setiap pelusuk Sabah untuk berkempen. Jadi kita minta mereka ini membantu SPRM untuk mengesan di mana Michael dan menguar-uarkan di dalam kempen jelajah Warisan termasuk hebahan media,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat meminta penjelasan mengenai status Michael Persius Ubu kepada SPRM Sabah di Pejabat SPRM, Kota Kinabalu.
Jelas Zulkarnain, sehingga hari ini, SPRM Sabah tidak mempunyai maklumat mengenai kedudukan sebenar Michael Persius manakala kes ini akan dibawa ke ibu pejabat SPRM Putrajaya bagi memperkuatkan lagi langkah mereka dalam mengesan lokasi sebenar individu terbabit.
Pada 5 Januari, Peter dan Michael Persius diminta hadir di Pejabat SPRM bagi membantu siasatan urus niaga pembelian tanah yang dianggarkan bernilai RM155 juta.
SPRM turut memberi tempoh 48 jam kepada kedua-dua individu untuk menyerah diri dan memberi kerjasama bagaimanapun Michael gagal untuk melaporkan diri ke pejabat SPRM sehingga hari ini.
Ruzaini Zulkepli
Wed Mar 28 2018
ZULKARNAIN (tengah) menunjukkan surat meminta penjelasan mengenai status Michael Persius di pejabat SPRM Sabah, Kota Kinabalu, petang tadi. - Foto Astro AWANI
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
GAUM gesa pemimpin Warisan bantu kesan Michael Persius
Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata sehingga hari ini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah gagal mengesan status terkini berhubung kait Michael Persius.
GAUM serah maklumat baharu penyelewengan dana di Sabah kepada SPRM
Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) hari ini hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk menyerahkan maklumat tambahan baharu berhubung kes penyelewengan dana.
Kerajaan DAP P. Pinang perlu minta maaf kepada pembayar cukai
GAUM meminta Kerajaan DAP Pulau Pinang memohon maaf kepada seluruh rakyat di negeri tersebut khususnya pembayar cukai di bawah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)
GAUM desak Dr Mahathir mohon maaf kepada golongan berpendapatan rendah
GAUM desak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah dan penerima BR1M.