KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menerima dan mengutamakan kepentingan Sabah.
Presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sebagai sebuah parti tempatan, tidak bermaksud pihaknya menolak agenda nasional atau membelakangkan kepentingan negara.
"Malaysia adalah tanah air kita. Namun, sebagaimana matlamat asal kita membina Malaysia adalah untuk merubah tahap pembangunan rakyat dan bumi Sabah.
"Hari ini, iaitu tahun 2023 sempena ulang tahun ke-60 tahun pembentukan Malaysia, kami yakin dan percaya bahawa platform tempatan adalah yang terbaik untuk Sabah.
"Kita memilih dan memutuskan bahawa formula tempatan berupaya melonjakkan agenda perjuangan dan kepentingan negeri dalam dalam Persekutuan Malaysia.
"Kita mahu pelaksanaan sistem federalisme yang lebih bernilai dan bermakna dengan berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Mesyuarat Agung Khas (EGM) Parti Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu di sini, hari ini.
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, apa yang penting adalah untuk Sabah mendapat pengiktirafan dan pelaksanaan hak kuasa serta kedudukan istimewa.
"Apa yang lebih penting bagi kita ialah mendapat pengiktirafan dan pelaksanaan hak, kuasa serta kedudukan istimewa Sabah seperti yang termaktub dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan, undang-undang yang mewujudkan Persekutuan Malaysia, iaitu MA63. Tiada Malaysia tanpa MA63," tegasnya.
Sementara itu, Hajiji turut memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang komited menunaikan tanggungjawab Putrajaya melaksanakan MA63.
"Beliau belum pun memegang jawatan selama 100 hari tetapi kita sudah melihat kemajuan yang ketara. Kita akan terus meningkatkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membina Sabah dan Malaysia Madani yang progresif," katanya lagi.
Mirlen Axtius
Sun Feb 05 2023
![Gagasan Rakyat beri kerjasama pihak yang utamakan kepentingan Sabah - Hajiji Gagasan Rakyat beri kerjasama pihak yang utamakan kepentingan Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675594360_KetuaMenteriSabah.jpg)
Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sebagai sebuah parti tempatan, tidak bermaksud pihaknya menolak agenda nasional atau membelakangkan kepentingan negara. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678097666_TBHAJIJIADUN.jpg)
Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO
Hajiji berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka.
![Gagasan Rakyat beri kerjasama pihak yang utamakan kepentingan Sabah - Hajiji Gagasan Rakyat beri kerjasama pihak yang utamakan kepentingan Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675594360_KetuaMenteriSabah.jpg)
Gagasan Rakyat beri kerjasama pihak yang utamakan kepentingan Sabah - Hajiji
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menerima dan mengutamakan kepentingan Sabah.
![Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670755366_STEPHENJIMBANGAN.jpg)
Belum ada rundingan rasmi antara PGRS dan bekas pemimpin Bersatu Sabah
Presiden PGRS, Stephen Jimbangan ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan belum ada rundingan rasmi bersama bekas pemimpin Bersatu.