Gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) menunjukkan dua pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata Tun Dr Mahathir dan Anwar yang sebelum ini merupakan musuh, kini bersatu demi melunaskan agenda mereka.
"Kerana kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja. Mereka hanya nak menang dan berkuasa malah sanggup buat apa sahaja. Dahulu Tun Dr Mahathir masukkan Anwar dalam penjara, tetapi sekarang berbaik pula," katanya kepada pemberita pada jamuan malam dan perasmian Bengkel Persediaan dan Simulasi Perbahasan Parlimen Mahasiswa di sini Jumaat malam.
Beliau mengulas perkembangan PH yang menamakan beberapa barisan kepimpinan baharu pada Khamis.
Majlis Presiden PH dilaporkan mengumumkan struktur kepimpinan PH yang baharu iaitu Anwar sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, Dr Mahathir sebagai pengerusi dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden gabungan pembangkang itu.
Dalam pada itu, Abdul Aziz turut menasihatkan golongan muda dan mahasiswa tidak terpedaya dengan pelbagai gimik politik oleh pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
"Gimik politik akan berterusan. Anak muda yang mewakili 40 peratus daripada undi rakyat hendaklah berwaspada dengan maklumat daripada media sosial. Banyak benda-benda tidak betul yang masuk dalam sosial media dan memesongkan pemikiran anak muda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2017
Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata Tun Dr Mahathir dan Anwar sanggup lakukan apa saja demi kuasa.
'Selamba tunggang motosikal lawan arus'
Tindakan selamba seorang penunggang motosikal warga Pakistan sengaja melawan arus bagi elak ditahan semasa sekatan jalan raya di Jalan Sultan Azlan Shah pada Selasa, menjerat diri.
Selepas ditahan, lelaki berusia lingkungan 30-an yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.
Selepas ditahan, lelaki berusia lingkungan 30-an yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.
Disiplin adalah kunci untuk azam 2025 - Pakar psikologi
Menurut Pakar Psikologi, SEGi University, Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor, disiplin adalah elemen penting dalam membentuk jati diri yang kukuh selain mampu membina integriti dan konsistensi dalam setiap tindakan kita.
Wilayah Persekutuan rancang pelbagai agenda
Jabatan Wilayah Persekutuan akan melaksanakan pelbagai agenda dengan kerjasama agensi berkaitan sempena peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa agenda tersebut turut merangkumi perancangan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa agenda tersebut turut merangkumi perancangan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Lesen media sosial berkuat kuasa hari ini
Malaysia memulakan 2025 dengan pelaksanaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (CASP) untuk platform media sosial yang mula berkuat kuasa hari ini.
Langkah ini, yang dilaksanakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), bertujuan meningkatkan keselamatan siber, melindungi hak pengguna, dan mengukuhkan pengawasan terhadap penyedia perkhidmatan media sosial serta aplikasi pesanan dalam talian.
Langkah ini, yang dilaksanakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), bertujuan meningkatkan keselamatan siber, melindungi hak pengguna, dan mengukuhkan pengawasan terhadap penyedia perkhidmatan media sosial serta aplikasi pesanan dalam talian.
TikTok didenda AS$10 juta di Venezuela kerana gagal halang trend membawa maut
TikTok Didenda $10 Juta Di Venezuela Kerana Gagal Halang Trend Membawa Maut
Tun Musa Aman lafaz sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah
Tun Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, hari ini.
AWANI Ringkas: Tingkat keselamatan siber dan lindungi hak pengguna
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemandu Perodua Myvi maut, kereta rempuh belakang lori di Lebuhraya Baling-Kulim
Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler di Lebuhraya Baling-Kulim, pagi tadi.
Pegawai PBB: Israel tolak lebih 140 permohonan akses ke utara Gaza
Kenyataan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan Pejabat PBB bagi OCHA, Jonathan Whittall, pada Selasa.
Bumi kini mempunyai 8.09 bilion penduduk
Sungguhpun begitu, kadar kelahiran sepanjang 2024 adalah lebih rendah berbanding 2023 dimana penduduk bumi meningkatkan sebanyak 75 juta.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.