SHAH ALAM: Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan berakhir 23 hari dari sekarang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin berkata, sekiranya tiada pengumuman pembubaran dibuat maka DUN akan terbubar secara automatik pada 25 Jun ini selepas tempoh penggal berakhir.
"DUN akan terbubar dalam masa terdekat. Kita tiada masa kerana 25 Jun ini adalah tarikh maksimum.
"Ini bermakna, kita hanya boleh tangguh selama 23 hari dari sekarang.
"Selepas tarikh tersebut, pasti akan terbubar," katanya ditemui pada Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 (PSKNS) di Pusat Konvensyen MBSA, di sini, pada Sabtu.
Bagaimanapun katanya, tarikh sebenar pembubaran itu perlu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris.
"Saya tidak berada di posisi untuk mengumumkan tarikh tersebut kerana perlu mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu.
"Saya kini sedang menunggu perkenan Tuanku untuk sesi menghadap (menentukan tarikh bubar). Minggu lepas saya telah menghadap dan Tuanku juga sedang berkira-kira tarikh pembubaran berkenaan," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, tindakan beberapa Exco Kerajaan Negeri yang berkongsi status mengosongkan pejabat adalah perkara biasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menurutnya, langkah tersebut bagi membolehkan penumpuan terhadap PRN selepas pembubaran DUN yang akan dibuat pada bila-bila masa dari sekarang.
"Itu perkara biasa apabila nak habis penggal. Selepas ini, tugas mereka pun adalah untuk menjalankan perkara yang telah dirancang dan tidak ada polisi baharu (akan dibuat).
"Saya penggal lepas pun seperti itu. Apabila tahu DUN akan bubar, kita siap sedia kemas.
"Jika dilantik jadi Exco semula belum tentu memegang portfolio yang sama.
"Jadi banyak perkara perlu dibuat dan dikemas selain mengumpul laporan-laporan yang telah dibuat. Ini adalah perkara lazim," katanya mengulas tindakan beberapa Exco yang dilihat telah mula mengemas pejabat untuk dikosongkan.
Antaranya pejabat Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail dan Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 03 2023
Amirudin (tiga dari kanan) pada Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Pelancongan sukan rancakkan Tahun Melawat Selangor 2025 - Amiruddin
Pelbagai aktiviti sukan telah dan akan diadakan di Selangor, yang berpotensi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.
Kutipan hasil Selangor tahun ini melebihi sasaran - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM2.218 bilion setakat bulan ini, melebihi sasaran awal ditetapkan pada RM2.2 bilion.
Kerajaan Selangor sedia beri kerjasama dalam kes MBI - Amirudin
Kerajaan Selangor bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan siasatan kes rasuah yang dijalankan terhadap Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).
Tanah runtuh Melawati: 'Kejadian bukan berpunca daripada pembangunan berlebihan' - MB
Tanah runtuh Melawati: 'Kejadian bukan berpunca daripada pembangunan berlebihan' - MB
Tanah runtuh Melawati: Amirudin arah MPAJ peka laporan penduduk
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) supaya lebih peka dengan setiap laporan dibuat penduduk kawasan berisiko tanah runtuh.
Tanah runtuh Melawati: MB Selangor turun padang, santuni penduduk terjejas
Beliau turut menyantuni penduduk terjejas melibatkan 23 mangsa daripada tujuh keluarga yang berada di PPS di Jalan E5.
Taman Sri Muda diserbu, 602 pendatang asing ditahan
Sebanyak 602 pendatang tanpa izin ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,091 warga asing dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Perniagaan Taman Sri Muda, Seksyen 25
Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas - Amirudin
Amirudin akan mengumumkan jumlah keseluruhan premis ditutup termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISB di negeri itu pada Rabu.
PM tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah
Beliau bersama jemaah lain diperdengarkan bacaan khutbah Jumaat bertajuk Kenapa GISB buat begini kepada Kanak-Kanak?
Peralihan monsun: Selangor mulakan persediaan hadapi banjir - Amirudin
Amirudin berkata semua PPS yang telah didaftarkan bagi menempatkan mangsa banjir pada 2021 juga akan diaktifkan semula sekiranya banjir berlaku.